Wednesday, 18 December 2013
Ahli Baru
Assalamualaikum. Dah hampir empat bulan aku menetap di daerah Bangi ini. Balik Kluang kadang-kadang sebab nak lepaskan rindu punya pasal. Banyak sangat benda yang aku dah belajar sejak duduk sini.
Aku sekarang ni join Bulan Sabit Merah weh. Macam tak percaya je. Kalau dulu dekat sekolah rendah join Puteri Islam you. Gegirl habes aku masa tu. Masuk sekolah menengah dah up sikit. Join Kadet Polis weh. Padahal tak join pon kawad. Hahaha.
Bila dah masuk universiti ini, aku nak cuba sesuatu yang baru. Saje je nak cabar diri sikit. Hehehe. Nak tambah ilmu pon ada juga. Kalau tak sebelum ni zero pasal ilmu-ilmu ni.
Model saya !
Comel tak ?
Hari Tua
Alhamdulillah. Dua hari yang lepas genap umur aku 19 tahun. Syukur masih lagi diberi peluang untuk bernafas dimuka bumi Allah ini.
Orang lain semua dah nak masuk 20 aku baru 19. Eh, tak apa. Sekurang-kurangnya aku muda lagi dari korang tahu tak? Ini yang untungnya lahir dalam bulan disember. Hihihi. Ada kelebihan dan kekurangannya jugak lahir dalam bulan yang terakhir ini. Senang citer tak kesah la lahir bulan berapa sekali pon janji korang selamat tiba di muka bumi yang indah ini. Tapi kesian lagi dekat orang yang lahir pada tahun lompat kan?
Terima kasih untuk kek ni !
Dikesempatan ini nak ucapkan Selamat Hari Lahir kepada sesiapa yang bakal menyambut atau pun dah sambut birthday. Semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki. Amin !!
Zaman Muda
Assalamulaikum semua. Dah lama rasanya aku tak munculkan diri kan? Lega giler weh. Banyak benda dah settel. Tinggal final exam sahaja. Alang-alang ada waktu free tadi sempat la jugak online facebook kejap tadi.
Update Status malam ini kecoh dengan budak batch 1998 nak amik result esok weh. Ye, result PMR keluar esok. Kecoh giler ! Cewah, padahal aku dulu pon macam tu gak. Sampai tak boleh tidur malam. Serius tak tipu. Degupan jantung memang laju tak terkata. Hati memang tak tenang langsung. Hehehe !
Ni yang rasa semangat giler nak cerita pasal pengalaman amik result masa zaman muda-muda dulu. Siapa je yang suka dapat result teruk kan? Kalau boleh semua orang nak dapat straight A. Apa yang korang boleh buat berdoala agar result tu elok. Korang pon dah buat sebaik yang mungkin kan? Terima dengan hati terbuka ok.
Soalan teka-teki hari ni :
Guest what , result PMR aku dapat berapa dulu ? =)
Monday, 9 December 2013
Emas
Alhamdulillah !
Tak ku duga.
Disebalik hujan yang Allah turunkan ada pelangi rupanya.
Rasa macam mimpi je.
Sesiapa boleh tolong cubit tangan aku tak ? =.=
Hanya Kerana Nama
Kali ini punya tajuk santai-santai je. Siapa dekat sini tak
ada nama ? Mestilah semua orang ada nama yang tersendiri kan. Nama budak-budak
zaman sekarang pon mak aihh aku tengok bukan main panjang lagi. =.= Silap hari
bulan nak menyebut nama tu lidah pon boleh terbelit-belit.
Alhamdulillah nama yang diberikan kepada diriku cukup
ringkas dan mudah untuk diingati oleh sesiapa. Cewahh ! Terima kasih umi dan
abah. Love both of you.
Semenjak dua menjak ni nama panggilan aku berubah dari
semasa ke semasa. Acano boleh berubah tu ? Atas faktor persekitaran kot. Kalau
di rumah nama panggilan aku ada dua. Satu ‘hah’ lagi satu ‘jiha’. Nasib baik tak
ada orang panggil aku ‘uda’. Tak suka giler dengan nama ‘uda’ tu. Asal anak
ketiga dalam keluarga je mesti uda. Huh !!
Dari sekolah rendah, menengah hinggalah ke matriks nama
panggilan masih lagi ‘jiha’. Kira dah sebati la nama tu dengan aku. Tapi..
masuk je alam university nama panggilan aku dah berubah. Huh cuba korang teka
apa nama panggilan aku kat sini?
Budak-budak kat sini diorang panggil aku ‘Jee’. Aku terdiam
bila dengar nama tu. Agak pelik pada permulannya. Biasa ye kalau panggil ‘Jee’
mesti ada kaitan dengan nama Fauziah dan seangkatan dengan nya kan ? Kadang-kadang
nak tergelak pon ada. Kreatif diorang reka nama panggilan aku. Thanks
korang !
Guest what nama penuh aku apa ?
Monday, 25 November 2013
Buletin Kesihatan
Sekadar Perkongsian dari Majalah I-Sihat ...
JANGAN
abaikan petanda rasa semut-semut atau kebas, sekiranya anda sering
mengalaminya. Ia merupakan petanda anda
mengalami kerosakan saraf atau neuropati. Neuropati dialami dalam sekitar 26
peratus orang dewasa berusia 40 tahun ke atas. Penyakit ini biasanya dialami
oleh mereka yang kekurangan vitamin B, pesakit mengidap diabetes bertahun-tahun
lamanya. Namun ia boleh dicegah dengan mengambil vitamin B1, B6 dan B12,
mengurangkan alcohol serta kerap berolahraga.
Awas ! Jika Suka Kunyah Ais.
SEBUAH hasil kajian terbaru mendapati seorang pesakit anemia
yang sering mengunyah ais batu, tahap zat besi di dalam darahnya dapat mencapai
paras normal. Tetapi hal ini ternyata mempunyai kesan negative membuatkan gigi
anda cedera. Selain itu, boleh mencetuskan abses dan melemahkan struktur gigi
hingga menyebabkan mudah patah dan retak.
Organ Paling Bahaya
Tahukah anda organ paling bahaya pada tubuh manusia ?
Jawapannya, lemak di perut. Apabila kita makan dengan banyak, kalori yang
berlebihan akan tersimpan sebagai lemak di seluruh tubuh, terutama perut. Apa
yang anda tidak tahu ialah , sebaik berada di dalam perut, lemak tersebut
berubah menjadi organ.Tetapi tidak seperti perut, hati atau usus yang membantu
anda meneruskan kehidupan. Lemak di perut merembeskan bahan bertoksik. Ia
menjadi pencetus interaksi yang rumit yang mana kesannya boleh melemahkan
jantung, merosakkan salur darah dan melemahkan sistem imun. Dan sekiranya berat
badan terus bertambah, bermakna jangka hayat anda semakin pendek.
Semut-semut Petanda Gangguan Saraf
Friday, 22 November 2013
Opps memasak ?
Memasaklah dari hati ?
Orang dahulu kata berpendapat bahawa masakan boleh merapatkan hubungan. Air tangan kita sebenarnya boleh menjadi pengikat kasih sayang antara orang yang memasak dan orang yang memakan. Sebab itulah, jika kita ada pembantu rumah, jangan biarkan pembantu rumah yang memasak untuk mengenyangkan perut ahli keluarga.
Masaklah hidangan daripada anda sendiri dan biarkan ahli keluarga menikmati hasil air tangan anda. Eratkan kasih sayang dan rapatkan ukhuwah anda dengan insan tersayang. Sesibuk mana pun anda, jangan lupa hidangkan masakan sendiri untuk ahli keluarga,
Selain itu, melalui cara ini dapat membantu mengekalkan kesihatan keluarga. Ini kerana anda boleh menyediakan makanan yang seimbang selain penyediaan yang lebih sihat seperti kurangkan lemak , minyak dan masin.
Saturday, 16 November 2013
Kecil Dunia Kita
Idea aku sekarang ni tengah mencurah-cura nak update blog. Nak rilexkan minda kejap disamping mood nak menulis tengah berbunga-bunga. Hihihi. Minggu lepas rasa macam tak percaya je yang diri aku sebenarnya mampu MENGHADAPI dan MENGHARUNGI hari-hari yang penuh dengan tekanan.
Lega gila minda ni bila semua perkara dah lepas kalau tak otak ni rasa macam nak pecah dah. So, kali ini punya update isu-isu yang santai je. Tak nak yang berat-berat. Dulu masa kecik-kecik aku selalu kata bumi yang kita duduk sekarang ni kecil je saiznya. Bila pergi sekolah rendah belajar sains baru aku tahu teori tu salah ! So, apa kaitan dengan tajuk kecil dunia kita?
Masa cuti raya haji yang lepas aku sahaja ringankan diri dengan kawan-kawan yang lain pergi TBS nak beli tiket takut habes punya pasal. Lepas tu lepak-lepak sambil singgah sembahyang di surau. Guest what ? aku jumpa kawan sekolah rendah. Kiteorang masa sekolah rendah memang rapat. Tapi lepas sekolah menengah dah mula hilang jejak sebab tak satu sekolah lagi. Walaupun duduk di daerah yang sama kiteorang tak pernah set nak jumpa kat mana-mana sehinggalah sekarang. Semua perkara yang berlaku pada masa tu secara kebetulan.
Gembira tak terkata bila jumpa dia dekat surau TBS tu. Paling terkejut sekali rupanya dia kenal kawan aku masa dekat sekolah menengah. Dan yang paling best ye aku jumpa kawan dia tu masa kiteorang zaman matriks. Aku dengan kawan dia , kiteorang satu aras. Bila dekat ukm hubungan aku dengan kawan dia lagi mula rapat dari semasa ke semasa. Senang cerita susah senang bersama la. So, kesimpulannya, kecil ye dunia kita ni kan? Pusing-pusing macam tu sahaja kawan kita ni.

Ira , Farah , Jiha
Indahnya perancangan Allah ! :)
Disisihkan
Assalamulaikum dan salam sejahtera. Rasa macam dah lama gila tak update blog anak sulung aku ni. Muehmueh. Eh ,anak sulung ? Ha, korang tak tahu ke sekarang ni aku dah ada dua orang anak yang berada di alam maya ni.
Sekarang ni aku lebih fokus kepada anak kedua aku. Bukan niat nak pilih kasih tapi TERPAKSA. Ni semua gara-gara lecture aplikasi komputer punya pasal ! Ada ke patut puan tu nak tengok akhir semester satu paling minimum 28 posts ? Whatt ! Anak sulung aku yang ni pon nak dekat setahun kumpul 28 posts. Ini kan pula dalam beberapa bulan je. Hampehh..
Dulu otak aku sampai tak boleh hadam apa kaitan belajar ekonomi , perakaunan dan business dengan aplikasi komputer? Bila dah lanjut usia ni baru aku faham betapa pentingnya aplikasi komputer ni tak kira sama ada pada diri sendiri mahupun pelajaran.
Dunia zaman sekarang ni semuanya berkaitan dengan komputer. Tak kan masih nak jadi katak bawah tempurung lagi ? * Muhasabah diri kejap *
Lepas habes sahaja semester satu aku ada niat jahat. Aku nak gugurkan anak kedua aku. Hahaha. Bunyi dasyat kan ? Apa boleh buat. Insyallah tamat semester satu aku akan cuba sedaya upaya untuk lebih fokus kepada anak sulung aku.

Tuesday, 5 November 2013
2% Berat Badan
OTAK merupakan organ yang paling penting dalam badan manusia.
Fungsinya meliputi seluruh aktiviti yang dilakukan manusia.
Selain bertindak sebagai pentafsir maklumat yang diterima,
otak juga berperanan mengawal kehidupan seharian manusia.
Namun tahukah anda, berat otak hanya dua peratus daripada
berat badan manusia. Contoh kalau berat kita 50 kg kira la
berapa berat otak kita. Hihihi
Sungguhpun begitu, kemampuan otak untuk berfungsi melebihi
beratnya sama ada kita sedang berehat mahupun tidur.
Disebabkan itu otak akan menggunakan oksigen 25 peratus
daripada oksigen yang disedut masuk.
Sekadar perkongsian daripada majalah iSIHAT. Enjoy it !
64 Otot
APABILA hajat atau kemahuan
kita tidak dipenuhi kita biasanya akan
memasamkan muka sebagai tanda protes.
Tetapi tahukah anda sebanyak 64 otot akan
digunakan untuk memasamkan muka.
Berbanding jika anda senyum, hanya 18
otot sahaja yang digunakan.
Jadi senyumlah setiap hari !
Fakta atau Auta?
Selaju 120 meter sesaat
KITA akan menjerit dengan serta-merta apabila anggota badan kita terkena benda panas ataupun luka? Tahukah anda berapa laju maklumat berkaitan sakit atau panas dihantar ke otak? 120 meter sesaat !
KITA akan menjerit dengan serta-merta apabila anggota badan kita terkena benda panas ataupun luka? Tahukah anda berapa laju maklumat berkaitan sakit atau panas dihantar ke otak? 120 meter sesaat !
Thursday, 29 August 2013
Tips Penjagaan Handphone
Mari kita baca
1. Jangan menggoyang-goyangkan HP semasa signal lemah atau tiada. Hal ini akan membuat si HP pening & mual.
2. Jangan charge HP anda terlalu lama (setelah bateri sudah full) Hal
ini akan membuat bateri anda bunting/ melembung. Jika itu terjadi,
belum tentu anda mahu bertanggungjawab & sanggup menikahinya.
3. Jangan terlalu sering bermain game di HP. Cubalah serius dengannya.
Di dunia ini tidak ada yg mahu dipermainkan seperti anda juga.
4. Jangan terlalu kuat memicit keypad atau skrin sesentuh HP anda. Jika
ini berlaku, HP anda akan mengalami cirit-birit lalu tercirit.
kikiki
Bergurau Senda Mehhh
Lelaki : Hai, rokok ada?
Awek Cashier :
Ada. Nak rokok apa?
Lelaki : wah !! nk lebih lah ...Winston merah ada?
Awek Cashier : Dah habis…
Lelaki : Ermm..bagi Dunhill merah je la.
Awek Cashier : Ada Nak perisa apa?
Lelaki : Hah? dah ada perisa? Perisa apa?
Awek Cashier : Ada .perisa paru-paru, kerongkong, bibir, kaki, and
perisa bayi pun ada..nak yg mana? (sambil menunjukkkan gambar pada kotak
rokok tersebut)
Lelaki :!#@$@#!@!
Wednesday, 28 August 2013
Release Tension Kejap
Din : Mat,apasal kau kene buang keje yekk..?
Mat : Aku tak buat apa2 pun..
Din : Kalau kau tak buat apa2 apasal smpai kene buang..?
Mat : Sebab tu lah aku kene buang..aku tak buat apa2..Adoyai...
Din : @#$&*#&*
Mat : Aku tak buat apa2 pun..
Din : Kalau kau tak buat apa2 apasal smpai kene buang..?
Mat : Sebab tu lah aku kene buang..aku tak buat apa2..Adoyai...
Din : @#$&*#&*
Renungan Bersama
Bayangkan.
Kita ada anak kecil.
Umur 3 tahun.
Satu hari.
Kita tengah masak di dapur.
Si anak ternampak pisau.
Merengek-rengek dia menangis.
Nakkan pisau jadi mainan.
Agak-agak kita bagi?
Tentu lah tidak, kan.
Adakah ini tandanya kita tidak sayangkan anak?
Bahkan, kerana sayanglah kita enggan berikan.
Walaupun di mata anak.
Pisau itu 'menyeronokkan'
Tapi kita lebih tahu.
Ia merbahaya untuk anak kita.
Kita lebih tahu.
Anak tidak tahu.
Begitu juga.
Kita dengan Allah.
Kita 'merengek' nakkan sesuatu.
Tetapi Allah tidak izinkan.
Adakah Allah tidak sayangkan kita?
Bahkan, kerana sayanglah.
Kemahuan kita tidak diturutkan.
Malah diganti dengan yang lebih baik.
Kerana apa yang kita mahukan itu.
Mungkin kelihatan baik pada pandangan kita.
Tapi tidak pada pengetahuan Allah.
Allah lebih tahu.
Kita tidak tahu.
Dan.
Kasih sayang Allah kepada kita.
Jauh lebih besar.
Dari kasih sayang ibu atau ayah, kepada anaknya.
Rindu Serindunya
Assalamulaikum semua. Sedar atau pun tidak sekejap sahaja masa berlalu. Macam tak percaya pon ada gak. Cuti dah nak habes seyyh. APTB ( apa pon tak boleh ) ! Insyallah pada hujung minggu ni , ye hari ahad yang bertarikh 1 september 2013 akan menjadi hari bersejarah dalam hidup aku. Ehh, kenapa dengan tarikh tu, kau nak kahwin ke? Calon pon tak ada nak kahwin apa yer crush ada la. Ini semua poyoo ! Hari ahad ni kena laporkan diri di Uni sebenarnya.
Yeah, lepas ni semua serba baru. Uni baru, kawan baru, roommate baru, dewan kuliah baru, suasana baru dan sewaktu dengan ye. Tak payah nak serba baru bagai sangat la. Jujur aku katakan tak rasa exited langsung. Entah la, tetibe semangat hilang dalam diri ni. Insyallah diri ni masih lagi sama seperti dahulu dan tak akan pernah berubah . Kalau berubah untuk kearah kebaikkan apa salah ye kan? HIHIHI
Dalam minggu yang suntuk ni baru la mula nak terkial-kial kemas barang. Padan dengan muka aku ni. =.= Lipat-lipat baju letak dalam beg macam bagasi akademi fantasia kalau ada peserta yang terkeluar. Guest what boleh pulak jumpa gambar praktikum dalam beg tu. Nampak sangat lepas habes exam hari tu tak kemas beg sampai habes. Muehmueh !
PERSAHABATAN.. ia lebih sukar dari ADD MATH. lebih rumit dari FIZIK. lebih susah dari BIOLOGY. lebih payah dari EST. tapi PERSAHABATAN tidak sebosan sejarah. jadi, pastikan ada CHEMISTRY dalam persahabatan. baru lh ia dapat difahami dan berkekalan kerana PERSAHABATAN itu seindah PENDIDIKAN ISLAM :)

5 lelaki , 16 perempuan ;)
Dengan secara tiba-tiba perasaan rindu muncul. Ya Allah rindu ye nak jumpa dengan korang semua. Walaupun masing-masing suka buat hal sendiri tapi kita mampu selesaikan masalah satu persatu yang datang. Setakat salah faham yang berlaku sana sini tu adat la. Baru seronok kan? Kita sebagai manusia tak pernah terlepas dari buat silap. Tak semua orang itu sempurna mesti ada cacat cela ya.
sayang korang ketat-ketat ;)
Lepas result upu hari tu keluar masing-masing terpisah. Sorang di selatan, sorang lagi di utara dan sorang lagi di timur. Dekat mana korang berada sekali pon kita tetap sahabat sampai bila-bila. Hanya jarak sahaja yang mampu memisahkan kita semua. Kalau kahwin nanti jangan lupa jemput ok. HEHEHE
masih kah kau ingat ?
sahabat yang sentiasa sama apa yang dalam fikiran
sahabat yang suka memberikan kata semangat
sahabat yang menghidupkan suasana
PERSAHABATAN.. ia lebih sukar dari ADD MATH. lebih rumit dari FIZIK. lebih susah dari BIOLOGY. lebih payah dari EST. tapi PERSAHABATAN tidak sebosan sejarah. jadi, pastikan ada CHEMISTRY dalam persahabatan. baru lh ia dapat difahami dan berkekalan kerana PERSAHABATAN itu seindah PENDIDIKAN ISLAM :)
Tuesday, 27 August 2013
Asrama di KMNS
Assalamualaikum semua. Semenjak dua menjak tiga menjak ni boleh dikatakan selalu jugak la aku usha blog senior-senior. Ushaa apa ye? Ada la mana boleh bagi tahu. HIHIHI. Atas sebab yang sama jugak lah aku sangat semangat nak update pasal asrama di KMNS. kuikui. =.=
Dulu aku pon macam korang jugak sibuk nak tahu pasal rupa bilik dekat KMNS. Ye la, baru nak masuk la katakan. Satu apa pon tak tahu. Nasib baik blogger-blogger yang lain baik hati nak share pengalaman diorang semua belajar di KMNS. Dari situ la dapat tahu sikit-sikit. Sekurang-kurangnya nanti tak ada la korang blurr kan?
Kepada sesiapa yang sudi baca blog yang buruk ni sila kan. Kehadiran anda amat dialukan. Cewahh ! Sorry , tak dapat nak sediakan red karpet untuk korang. Kali ni nak kongsi sikit kepada bakal-bakal student KMNS. Mesti korang nak tahu macam mana rupa asrama kan? Oh, ya lupa nak bagi tahu , dah nama pon tiga kolej terawal mesti la rupa bangunan design kan? Tak pe, jangan risau walaupun bangunan matrik kita tak secantik matrik lain masih lagi selesa untuk diduduki. Bila dah lama-lama duduk mesti rindu punya la dengan KMNS. KMNS tetap di hati gitewww !

Asrama Cendikia (C)
Haa, yang ni contoh salah satu asrama yang ada di KMNS. Gambar kat atas ni kediaman cendikia ataupun nama lain dipanggil block C untuk pelajar perempuan. Dikenali block C kerana kedudukan ye yang paling jauh di antara asrama-asrama yang lain. Serius hari-hari naik tangga boleh kurus woo. Tak tipu. Sampai bilik kompem lepak atas katil punye. HEHEHE. Kepada adik-adik yang dapat asrama ni tabah kan hati anda okay. Walaupun jauh dari kuliah dan bangunan tutor kita tetap ada kelebihannya. Salah satu ya disebabkan kedudukan atas bukit korang boleh lihat seluruh pemandangan yang ada di KMNS yang tak ada pada asrama lain. Kemudahan cybercafe pon disediakan. Lagi satu boleh ushaa budak laki sebab korang akan lalu depan asrama lelaki untuk balik ke block. Boleh la cuci-cuci mata kejap. HEHEHE
Haa, ni la laluan wajib budak block C kena lalu.
Asrama Bestari (B)
Gambar kat atas ni pulak asrama pelajar lelaki atau lebih senang dipanggil block B sebab kedudukan ye di antara block A dan jugak block C. Kelebihan block b kedudukan sangat strategik sebab dekat dengan surau , padang, koperasi dan lain-lain lagi. No wonder la ramai budak lelaki selalu lepak dekat sebarneka dan koperasi bila waktu malam dan padang bila waktu petang. Tak pe, biarkan je diorang.
Asrama Jauhari (A)
Gambar kat atas ni pulak asrama jauhari atau dikenali sebagai block A. Asrama ni pon untuk pelajar perempuan. Siapa yang dapat block ni sangat bertuah dan untung giler waa cakap sama lu. Sebab apa block ni paling dekat dengan Dewan Kuliah , Block Tutor , Block Unit, Perpustakaan dan lain-lain. No wonder la budak block A diorang tak kesah kalau bangun lambat bila pergi kelas. Untung kan diorang? Tak pe, kita biarkan je diorang.
Kaki lima setiap aras.
contoh bilik tv
Kalau korang nak tahu setiap block ada empat aras. Setiap aras terbahagi kepada dua iaitu wing A dan juga Wing B. Tandas ada di setiap wing. Setiap block jugak disediakan bilik tv, surau dan juga bilik iron baju. Batch sekarang sangat untung sebab dapat tv baru giteww. Setiap aras jugak disediakan iron.
Contoh bakal bilik korang nanti.
Ok, abaikan gambar kartun dekat pintu tu. Budak-budak batch lepas yang hias so, terima je la. Oh , ya pasal bilik pulak sistem yang akan tentukan korang dapat block dan bilik mana. Semua sudah ditetapkan. Satu bilik boleh masuk empat orang sekali gus meh. Nak bagi tahu ni jangan jeles tau sebab siapa dapat aras satu katil korang besi ok. Aras dua dan keatas katil kayu. HEHEHE. Jangan ditanya kenapa begitu. Alhamdullilah aku dulu, dapat aras satu. Dalam bilik disediakan juga tempat sidai baju. So, potensi baju nak hilang tu tak ada la senang citer. Kalau nak sidai baju kat ampai luar pon boleh tetapi kena ikut siapa cepat dia dapat la. Sebab tempat sangat terhad dan selalu nya dikongka oleh budak aras satu. HEHEHE.
abaikan bilik yang bersepah tu. Taraaa !
Macam ni la contoh sebaik sahaja korang buka pintu bilik
contoh bakal katil korang bagi aras satu. Bantal akan disediakan.
bagi sesiapa yang nak bawa bantal lebih pon boleh tak ada masalah.
tikar getah tak semua bilik ada.
bergantung kepada senior-senior yang tinggalkan.
contoh meja belajar. lampu belajar disediakan jugak
Tuesday, 13 August 2013
Selamat Hari Raya
Assalamualaikum ;) . Korang tahu tak hari ni hari apa? Jawapan ye hari rabu maknanya dah seminggu kita semua raya. Yeahh !
Rasanya belum terlambat lagi untuk mengucapkan SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN kepada sesiapa yang mengenali diri yang kerdil ini dan tak lupa juga kepada kenalan-kenalan baru. Minta halalkan segala makan minum yang telah diberikan sama ada secara sengaja atau pon tidak. Mohon ampum maaf sekiranya ada yang terguris hati ataupon terkasa bahasa ikhlas dari Misz Jijiha.
Tiap-tiap tahun di hari raya akan beraya di kluang you alls. Ehh, kenapa raya dekat kluang? Mestilah raya di kluang sebab kampung dua-dua belah di kluang meh. Kira aku ni anak jati kluang giteww. Suasana balik kampung pon tak ada sebab hari-hari balik kampung. HAHAHA. Tak kisah la anda semua raya di mana yang pasti tetap raya cuma suasana yang membezakan. Lepas ni kalau-kalau suami sendiri pon orang kluang tak tahu la kan? No komen !
Okay sekarang ni nak cerita pasal persiapan hari raya. Tahun ni punya cerita tak berapa nak best sangat sebab apa semua barang nak dikongsi. Contohnya, baju raya tahun ni terpaksa warna biru merangkap baju orientasi nanti. MUEHMUEH ! EH, kenapa baju orientasi warna biru? Sebab warna rasmi ukm adalah warna biru. Segala koleksi dalam almari ada satu sahaja baju kurung warna biru. Ini dinamakan jimat disamping membeli belah dengan bijak. Tak ada la nak membazir nanti kan? Begitu jugak dengan kasut raya merangkap kasut orientasi.
Ada kelainan pada raya tahun ni sebenarnya. Kalau masa zaman dahulu tangan aku yang salam tangan orang tapi kali ni ada tambahan sedikit. Tangan aku pon tidak ketinggalan di salam oleh saudara mara yang dibawah umur. Terasa yang usia ni semakin meningkat. HAHAHA. Alhamdullilah tradisi hormat menghormati masih lagi diamalkan. Setakat ni tak ada pengalaman lagi budak salam tangan aku yang keluar hingus dan seangkatan dengan yer. Kalau ada mesti seronok kan?
Sekali lagi Selamat Hari Raya diucapkan. Jemput datang ke rumah ;)
Rasanya belum terlambat lagi untuk mengucapkan SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN kepada sesiapa yang mengenali diri yang kerdil ini dan tak lupa juga kepada kenalan-kenalan baru. Minta halalkan segala makan minum yang telah diberikan sama ada secara sengaja atau pon tidak. Mohon ampum maaf sekiranya ada yang terguris hati ataupon terkasa bahasa ikhlas dari Misz Jijiha.
Tiap-tiap tahun di hari raya akan beraya di kluang you alls. Ehh, kenapa raya dekat kluang? Mestilah raya di kluang sebab kampung dua-dua belah di kluang meh. Kira aku ni anak jati kluang giteww. Suasana balik kampung pon tak ada sebab hari-hari balik kampung. HAHAHA. Tak kisah la anda semua raya di mana yang pasti tetap raya cuma suasana yang membezakan. Lepas ni kalau-kalau suami sendiri pon orang kluang tak tahu la kan? No komen !
Okay sekarang ni nak cerita pasal persiapan hari raya. Tahun ni punya cerita tak berapa nak best sangat sebab apa semua barang nak dikongsi. Contohnya, baju raya tahun ni terpaksa warna biru merangkap baju orientasi nanti. MUEHMUEH ! EH, kenapa baju orientasi warna biru? Sebab warna rasmi ukm adalah warna biru. Segala koleksi dalam almari ada satu sahaja baju kurung warna biru. Ini dinamakan jimat disamping membeli belah dengan bijak. Tak ada la nak membazir nanti kan? Begitu jugak dengan kasut raya merangkap kasut orientasi.
baju tak iron lagi
murah, simple dan paling penting kulitnya sebijik
macam pvc tak ada la sakit kaki or melecet nanti.
my favourite kuih di rumah mak ngah
Sekali lagi Selamat Hari Raya diucapkan. Jemput datang ke rumah ;)
Tuesday, 23 July 2013
Busy-Busy Buzz
Once again Assalamualaikum kepada wahai pembaca blog sekalian. Jawab tau salam tu, tak jawab dosa. HEHEHE. Ayat ni la yang selalu dengar masa zaman kecik-kecik dulu. Okay dah stop sampai situ. Tajuk dekat atas kata busy. Busy pasal apa ye? Kalau nak tahu kena la baca.
" Ahh, hilang satu beban " !
Kalau korang baca pasal entry yang lepas-lepas aku ada katakan bahawa segala urusan akan dilakukan selepas tarikh 20 JULAI 3013. Pstt, kalau nak carik pasal entry yang lepas jangan pergi bawah sangat. Tak ada la lepas-lepas mana pon still dalam bulan julai ni gak. Ada apa dengan 20 JULAI 2013? Tarikh tu sebenarnya hari terakhir exam muet. Ye, aku mengaku yang aku ni repeat muet untuk kali kedua. Alasan repeat sebab result yang dulu terlebih band 10 sebenarnya. HAHAHA. Aku mengaku masa dekat matrik dulu aku lebih fokus kepada empat subjek yang utama dan telah mengabaikan muet. Kesian muet di anak tirikan.
" Ahh, stress dah datang balik " !
Stress nak uruskan segala dokumen. Sejak dua menjak ni boleh dikatakan dekat gak la diri aku ni dengan dokumen. Lama-lama tangan ni dah lali bila nak isi form. HOHOHO. Baru nak uruskan sekarang sebab malas nak buat masa nak dekat exam muet. Bila kawan-kawan tanya " eh, awak dah isi borang itu dan ini " ? Aku buat bodoh je. HAHAHA kejam kan?
Mula-mula sekali klik terima tawaran di lawan web UKM. Seterusnya proses untuk print segala dokumen bagai. Tapi ada yang tak print semua sebab UKM akan post kan surat tawaran ke rumah. Okay nampak tak kat situ dah jimat lima perkara iaitu elektrik, ink, kertas A4, tenaga dan juga masa.
" Ahh, terpegun sekejap " !
Semalam pergi BIMB dengan abah sebab nak bukak akaun. Dapat jumpa abang muka yang manis. Cewahh ! Abang tu la yang ditugaskan untuk menguruskan segala urusan aku semalam. Terpegun tengok senyuman abang tu yang manis. Betol la kata orang kulit hitam manis itu menawan. Macam lagu ni, hitam manis hitam manis oh hitam manis padang tak jemu pandang tak jemu. Erk, sorry kalau salah lirik. Setuju dengan lirik lagu tu. HAHAHA. Abang tu dulu student UUM kos ekonomi. Alhamdulillah sambil-sambil menyiapkan urusan sempat juga abang tu beri nasihat dan berkongsi pengalaman dalam menempuh alam universiti. Terima kasih banyak-banyak. Sangat selesa dengan layanan dari BIMB.
" Ahh, darah dah mula menyiap dah ni " !
Semalam pergi kedai gambar mintak tolong edit kepada size yang telah ditetapkan untuk kad matrik. Sampai rumah punya la semangat nak upload kejap lagi bukak je cd orang tu salah buat. FRUSTT okay. Burn RM 10 aku macam tu je dengan sekelip mata. =.= Alhamdulillah pagi tadi pergi dekat kedai lain semuanya dah selesai. Gambar pon dah selamat diterima oleh sistem.
Berapa banyak Ahh dah. Hampir 50% segala urusan dah selesai. Medical check-up pon dah buat tadi di klinik kesihatan. Kena bayar RM 20 tunai. Muehmueh. Insyallah urusan yang lain akan diusahakan dalam masa terdekat ni. Buat sikit-sikit dulu. Sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Nanti tak ada la kelam kabut. Tak suka buat kerja last minit sebenarnya. Nanti semua benda tak sempurna dan tak menjadi. =)

Teringin Nak Makan
Assalamualaikum semua. Kali ni nak cerita pasal makanan pulak. Sebenarnya dah lama ada niat dalam hati ni teringin nak makan kek beras korea atau pon nama lain dalam korea Tteokbokki. First time nampak makanan ni dalam cerita Running Man yang ada episode Goo Hara.
Bila tengok cair kot tekak ni. Gulps ! Lagi-lagi dalam bulan ramadhan ni banyak program masakan. Ahh, part tu yang terliur dan tak boleh tahan. Alhamdulillah dapat jugak teruskan puasa walaupun iman agak goyah sedikit.
Semangat teringin nak makan semakin tebal bila tengok program Tasty Road. Kepada Fatin Izzati Mohadzir bila anda mahu belanja saya makan? HEHEHE. Zaman sekarang ni dah ada macam-macam menu yang boleh buat dari kek beras. Yang paling popular masak dengan rempah ratus. Terpulang kepada tekak masing-masing nak makan jenis yang mana satu asalkan ada duit. Ye la manusia ni kan rambut je sama hitam tapi hati lain-lain kan? Kalau rambut yang bukan warna hitam tu no komen okay. =)

nampak sedap kan?
Dalam dua , tiga hari yang lepas ada gak baca article pasal pengalaman makan kek beras korea ni. Ada someone tu memang teringin nak makan tapi bila dah ada depan mata tak kena dengan tekak lak. Mungkin dah selesa dengan makanan Asia. Harap-harap aku tak macam tu nanti.
Azam untuk kali ni nak cuba makan kek beras korea ni. Tak dapat makan di Korea dapat makan di Malaysia pon dah kira okay. Banyak je restoran korea yang dah ada kat Malaysia ni. So, jimat duit tak payah nak pergi Korea. Muehmueh. Amin ! Tak kesah la korang nak makan makanan negara mana pon asalkan halal. ;)
Thursday, 18 July 2013
Ketagih Sudah
Candy Crush SAGA
Opps, mesti ramai yang tertanya-tanya ketagih dengan apa? Okay jangan panik ataupon cuak you alls semua. Nampak tak gambar kat atas tu? Ye, aku ketagih main game Candy Crush SAGA la. Bukan ketagih dadah dan seangkatan dengannya.
Siapa suka main game Candy Crush SAGA? Kalau suka main kita geng ler. Tiap-tiap hari mesti kena main game ni. Kalau sehari tak main memang rasa tak sah. Padahal banyak lagi benda yang nak dibuat. Nak isi borang itu, borang ini la. Akaun bank islam pon tak buat lagi. Ptptn pon tak mohon lagi dan lain-lain lagi.
Bukan malas ataupun sahaja nak tangguhkan. Buat masa ni nak selesaikan satu perkara je lagi yang tinggal. Insyallah lepas 20/7 ni akan diuruskan secara perlahan-lahan. Sementara tunggu 20/7 tak salah kan kalau kita main game ni kan? Ada apa dengan 20/7 ni? Rahsiah okay.
macam taman tema permainan kan?
Game ni sebenarnya banyak mencabar akal dan fikiran kita untuk menyelesaikan level disamping menggunakan 5 nyawa yang diberikan. Pergh, nak cerita sikit ni. Nak dapatkan satu nyawa punya la lama. Dalam 20-30 minit jugak la. Suka main game ni sebab dia punya warna dekat Candy nampak macam real. Rasa nak makan pon ada jugak.
Senang sahaja nak dapatkan game ni. Bagi sesiapa yang ada handphone yang canggih boleh download je. Gunakan kecanggihan dunia IT sekarang ni. Cara yang lain, korang boleh main secara online di facebook. Bagi kepada sesiapa yang belum cuba main tunggu apa lagi main la cepat. Dah ramai sebenarnya yang main cuma aku agak ketinggalan baru nak main. Sekarang ni dah di level 60. Kalau dulu popular dengan game Pau, Subway dan sebagainya kali ni giliran Candy Crush Saga pulak. Kreatif orang zaman sekarang ni kan?
Pstt ada pesanan ni. Main-main jugak tapi jangan sampai lalai okay. Anggap la ni sebagai salah satu cara untuk mengurangkan stress.
People Change
Apa tunggu lagi, jom singgah baca kejap. Kali ni nak luah perasaan sikit yang dah lama terpendam. Cewah, over je lebih. Bukan nak mengadu bomba ke apa, bila dah lama-lama makin tak tahan dan sampai tahap meluat pon ada ni. =.=
Kepada orang yang berkenan, jujur aku katakan perangai kau dah berubah dan lain sangat. Masih lagi terfikir apa salah aku sampai kau jadi macam ni. Setahu aku , aku tak pernah kacau hidup kau. Tapi kenapa kau perlu buat aku macam ni?
Hidup ni tak perlu nak mengadu bomba bagai dan buat cerita. Soal rezeki tu Allah yang dah tentukan. Tak perlu la kau nak pertikaikan. Bukan kerja kau untuk menentukan masa depan seseorang. Satu pesanan untuk kau, hidup didunia ini jangan ada sifat cemburu dan iri hati. Rezeki kita sudah ditentukan oleh Allah. Sebaliknya terima lah dengan hati yang terbuka. Aku harap lepas ni kau boleh berubah seiring dengan imej kau yang sekarang ni.
Hidup ni diibaratkan roda. Mungkin kali ni aku berada di atas, mana tahu suatu hari nanti kau pulak yang berada di atas kan? Mari la kita sama-sama munasabahkan diri di dalam bulan yang mulia ini. Pstt, mood kali ni muka sahaja yang happy tapi hati? Hanya Allah sahaja yang tahu. =.=

Friday, 12 July 2013
Rezeki Bulan Ramadhan
Assalamualaikum. Selamat menjalani ibadah puasa. Hari khamis
yang lepas merupakan detik-detik cemas bagi pelajar lepasan asasi, matrikulasi,
stpm dan juga diploma sebab result upu dah keluar.
Walaupun agak kecewa sikit dengan keputusan tu tapi masih
lagi bersyukur sebab masih diberi peluang untuk sambung belajar. Sebenarnya
dari zaman sekolah lagi dah target bila habis matrik nak sambung dekat UPSI.
Tapi tak ada rezeki pulak .=.=
Alhamdulillah.
Tak sangka pon sebenarnya boleh dapat UKM sebab persaingan teramat lah sengit.
Masa di matrik dapat la juga peluang untuk buat lawatan di Fakulti Ekonomi
& Pengurusan di UKM. Sebelum ni pon pernah penginap di UKM untuk beberapa hari tatkala membuat lawatan untuk program lepas PMR. Mungkin dah ada jodoh dekat situ. Kuikui.
Kalau dulu dari Kluang ----> Kuala pilah. Sekarang dah bertambah satu lagi. Kluang ----> Kuala pilah ----> Bangi. Muehmueh. Kalau diikutkan dari peta Malaysia kedudukan ni semakin ke atas kan? Sesungguhnya perancangan Allah itu lebih teratur.
Melalui kos yang ditawarkan ni, masih lagi diberi peluang untuk membuat pilihan sama ada untuk meneruskan dalam bidang Pentadbiran Perniagaan ( Business) atau pun Perakaunan pada tahun ke 2. Perancangan awal memang nak tukar ke Perakaunan dengan syarat akan diadakan interview disamping result yang flying colour tu bak kata orang putih. Hehehe. Sebab subjek business lebih kepada membaca. Oh, tidak ! Tak berapa nak gemar subjek yang ada membaca ni.
Rasanya belum terlambat lagi untuk mengucapkan Tahniah kepada rakan-rakan yang berjaya menempatkan diri ke menara gading. Kepada yang kurang bernasib baik insyallah rezeki Allah itu luas sebenarnya.
Subscribe to:
Posts
(
Atom
)