Monday, 9 December 2013

Hanya Kerana Nama


Kali ini punya tajuk santai-santai je. Siapa dekat sini tak ada nama ? Mestilah semua orang ada nama yang tersendiri kan. Nama budak-budak zaman sekarang pon mak aihh aku tengok bukan main panjang lagi. =.=  Silap hari bulan nak menyebut nama tu lidah pon boleh terbelit-belit.

Alhamdulillah nama yang diberikan kepada diriku cukup ringkas dan mudah untuk diingati oleh sesiapa. Cewahh ! Terima kasih umi dan abah. Love both of you. 

Semenjak dua menjak ni nama panggilan aku berubah dari semasa ke semasa. Acano boleh berubah tu ? Atas faktor persekitaran kot. Kalau di rumah nama panggilan aku ada dua. Satu ‘hah’ lagi satu ‘jiha’. Nasib baik tak ada orang panggil aku ‘uda’. Tak suka giler dengan nama ‘uda’ tu. Asal anak ketiga dalam keluarga je mesti uda. Huh !!

Dari sekolah rendah, menengah hinggalah ke matriks nama panggilan masih lagi ‘jiha’. Kira dah sebati la nama tu dengan aku. Tapi.. masuk je alam university nama panggilan aku dah berubah. Huh cuba korang teka apa nama panggilan aku kat sini?  


Budak-budak kat sini diorang panggil aku ‘Jee’. Aku terdiam bila dengar nama tu. Agak pelik pada permulannya. Biasa ye kalau panggil ‘Jee’ mesti ada kaitan dengan nama Fauziah dan seangkatan dengan nya kan ? Kadang-kadang nak tergelak pon ada. Kreatif diorang reka nama panggilan aku. Thanks korang  !

Guest what nama penuh aku apa ? 

No comments :