Tuesday, 13 August 2013

Selamat Hari Raya

Assalamualaikum ;) . Korang tahu tak hari ni hari apa? Jawapan ye hari rabu maknanya dah seminggu kita semua raya. Yeahh !

Rasanya belum terlambat lagi untuk mengucapkan SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN kepada sesiapa yang mengenali diri yang kerdil ini dan tak lupa juga kepada kenalan-kenalan baru. Minta halalkan segala makan minum yang telah diberikan sama ada secara sengaja atau pon tidak. Mohon ampum maaf sekiranya ada yang terguris hati ataupon terkasa bahasa ikhlas dari Misz Jijiha. 

Tiap-tiap tahun di hari raya akan beraya di kluang you alls. Ehh, kenapa raya dekat kluang? Mestilah raya di kluang sebab kampung dua-dua belah di kluang meh. Kira aku ni anak jati kluang giteww. Suasana balik kampung pon tak ada sebab hari-hari balik kampung. HAHAHA. Tak kisah la anda semua raya di mana yang pasti tetap raya cuma suasana yang membezakan. Lepas ni kalau-kalau suami sendiri pon orang kluang tak tahu la kan? No komen !

Okay sekarang ni nak cerita pasal persiapan hari raya. Tahun ni punya cerita tak berapa nak best sangat sebab apa semua barang nak dikongsi. Contohnya, baju raya tahun ni terpaksa warna biru merangkap baju orientasi nanti. MUEHMUEH ! EH, kenapa baju orientasi warna biru? Sebab warna rasmi ukm adalah warna biru. Segala koleksi dalam almari ada satu sahaja baju kurung warna biru. Ini dinamakan jimat disamping membeli belah dengan bijak. Tak ada la nak membazir nanti kan? Begitu jugak dengan kasut raya merangkap kasut orientasi.


 baju tak iron lagi


 
      murah, simple dan paling penting kulitnya sebijik 
    macam pvc tak ada la sakit kaki or melecet nanti.


Ada kelainan pada raya tahun ni sebenarnya. Kalau masa zaman dahulu tangan aku yang salam tangan orang tapi kali ni ada tambahan sedikit. Tangan aku pon tidak ketinggalan di salam oleh saudara mara yang dibawah umur. Terasa yang usia ni semakin meningkat. HAHAHA. Alhamdullilah tradisi hormat menghormati masih lagi diamalkan. Setakat ni tak ada pengalaman lagi budak salam tangan aku yang keluar hingus dan seangkatan dengan yer. Kalau ada mesti seronok kan?


my favourite kuih di rumah mak ngah


Sekali lagi Selamat Hari Raya diucapkan. Jemput datang ke rumah ;)


No comments :