Assalamualaikum. Selamat menjalani ibadah puasa. Hari khamis
yang lepas merupakan detik-detik cemas bagi pelajar lepasan asasi, matrikulasi,
stpm dan juga diploma sebab result upu dah keluar.
Walaupun agak kecewa sikit dengan keputusan tu tapi masih
lagi bersyukur sebab masih diberi peluang untuk sambung belajar. Sebenarnya
dari zaman sekolah lagi dah target bila habis matrik nak sambung dekat UPSI.
Tapi tak ada rezeki pulak .=.=
Alhamdulillah.
Tak sangka pon sebenarnya boleh dapat UKM sebab persaingan teramat lah sengit.
Masa di matrik dapat la juga peluang untuk buat lawatan di Fakulti Ekonomi
& Pengurusan di UKM. Sebelum ni pon pernah penginap di UKM untuk beberapa hari tatkala membuat lawatan untuk program lepas PMR. Mungkin dah ada jodoh dekat situ. Kuikui.
Kalau dulu dari Kluang ----> Kuala pilah. Sekarang dah bertambah satu lagi. Kluang ----> Kuala pilah ----> Bangi. Muehmueh. Kalau diikutkan dari peta Malaysia kedudukan ni semakin ke atas kan? Sesungguhnya perancangan Allah itu lebih teratur.
Melalui kos yang ditawarkan ni, masih lagi diberi peluang untuk membuat pilihan sama ada untuk meneruskan dalam bidang Pentadbiran Perniagaan ( Business) atau pun Perakaunan pada tahun ke 2. Perancangan awal memang nak tukar ke Perakaunan dengan syarat akan diadakan interview disamping result yang flying colour tu bak kata orang putih. Hehehe. Sebab subjek business lebih kepada membaca. Oh, tidak ! Tak berapa nak gemar subjek yang ada membaca ni.
Rasanya belum terlambat lagi untuk mengucapkan Tahniah kepada rakan-rakan yang berjaya menempatkan diri ke menara gading. Kepada yang kurang bernasib baik insyallah rezeki Allah itu luas sebenarnya.
No comments :
Post a Comment