Once again Assalamualaikum kepada wahai pembaca blog sekalian. Jawab tau salam tu, tak jawab dosa. HEHEHE. Ayat ni la yang selalu dengar masa zaman kecik-kecik dulu. Okay dah stop sampai situ. Tajuk dekat atas kata busy. Busy pasal apa ye? Kalau nak tahu kena la baca.
" Ahh, hilang satu beban " !
Kalau korang baca pasal entry yang lepas-lepas aku ada katakan bahawa segala urusan akan dilakukan selepas tarikh 20 JULAI 3013. Pstt, kalau nak carik pasal entry yang lepas jangan pergi bawah sangat. Tak ada la lepas-lepas mana pon still dalam bulan julai ni gak. Ada apa dengan 20 JULAI 2013? Tarikh tu sebenarnya hari terakhir exam muet. Ye, aku mengaku yang aku ni repeat muet untuk kali kedua. Alasan repeat sebab result yang dulu terlebih band 10 sebenarnya. HAHAHA. Aku mengaku masa dekat matrik dulu aku lebih fokus kepada empat subjek yang utama dan telah mengabaikan muet. Kesian muet di anak tirikan.
" Ahh, stress dah datang balik " !
Stress nak uruskan segala dokumen. Sejak dua menjak ni boleh dikatakan dekat gak la diri aku ni dengan dokumen. Lama-lama tangan ni dah lali bila nak isi form. HOHOHO. Baru nak uruskan sekarang sebab malas nak buat masa nak dekat exam muet. Bila kawan-kawan tanya " eh, awak dah isi borang itu dan ini " ? Aku buat bodoh je. HAHAHA kejam kan?
Mula-mula sekali klik terima tawaran di lawan web UKM. Seterusnya proses untuk print segala dokumen bagai. Tapi ada yang tak print semua sebab UKM akan post kan surat tawaran ke rumah. Okay nampak tak kat situ dah jimat lima perkara iaitu elektrik, ink, kertas A4, tenaga dan juga masa.
" Ahh, terpegun sekejap " !
Semalam pergi BIMB dengan abah sebab nak bukak akaun. Dapat jumpa abang muka yang manis. Cewahh ! Abang tu la yang ditugaskan untuk menguruskan segala urusan aku semalam. Terpegun tengok senyuman abang tu yang manis. Betol la kata orang kulit hitam manis itu menawan. Macam lagu ni, hitam manis hitam manis oh hitam manis padang tak jemu pandang tak jemu. Erk, sorry kalau salah lirik. Setuju dengan lirik lagu tu. HAHAHA. Abang tu dulu student UUM kos ekonomi. Alhamdulillah sambil-sambil menyiapkan urusan sempat juga abang tu beri nasihat dan berkongsi pengalaman dalam menempuh alam universiti. Terima kasih banyak-banyak. Sangat selesa dengan layanan dari BIMB.
" Ahh, darah dah mula menyiap dah ni " !
Semalam pergi kedai gambar mintak tolong edit kepada size yang telah ditetapkan untuk kad matrik. Sampai rumah punya la semangat nak upload kejap lagi bukak je cd orang tu salah buat. FRUSTT okay. Burn RM 10 aku macam tu je dengan sekelip mata. =.= Alhamdulillah pagi tadi pergi dekat kedai lain semuanya dah selesai. Gambar pon dah selamat diterima oleh sistem.
Berapa banyak Ahh dah. Hampir 50% segala urusan dah selesai. Medical check-up pon dah buat tadi di klinik kesihatan. Kena bayar RM 20 tunai. Muehmueh. Insyallah urusan yang lain akan diusahakan dalam masa terdekat ni. Buat sikit-sikit dulu. Sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Nanti tak ada la kelam kabut. Tak suka buat kerja last minit sebenarnya. Nanti semua benda tak sempurna dan tak menjadi. =)
No comments :
Post a Comment