Tuesday, 27 August 2013

Asrama di KMNS

Assalamualaikum semua. Semenjak dua menjak tiga menjak ni boleh dikatakan selalu jugak la aku usha blog senior-senior. Ushaa apa ye? Ada la mana boleh bagi tahu. HIHIHI. Atas sebab yang sama jugak lah aku sangat semangat nak update pasal asrama di KMNS. kuikui. =.=

Dulu aku pon macam korang jugak sibuk nak tahu pasal rupa bilik dekat KMNS. Ye la, baru nak masuk la katakan. Satu apa pon tak tahu. Nasib baik blogger-blogger yang lain baik hati nak share pengalaman diorang semua belajar di KMNS. Dari situ la dapat tahu sikit-sikit. Sekurang-kurangnya nanti tak ada la korang blurr kan?

Kepada sesiapa yang sudi baca blog yang buruk ni sila kan. Kehadiran anda amat dialukan. Cewahh ! Sorry , tak dapat nak sediakan red karpet untuk korang. Kali ni nak kongsi sikit kepada bakal-bakal student KMNS. Mesti korang nak tahu macam mana rupa asrama kan? Oh, ya lupa nak bagi tahu , dah nama pon tiga kolej terawal mesti la rupa bangunan design kan? Tak pe, jangan risau walaupun bangunan matrik kita tak secantik matrik lain masih lagi selesa untuk diduduki. Bila dah lama-lama duduk mesti rindu punya la dengan KMNS. KMNS tetap di hati gitewww  !

Asrama Cendikia (C)

Haa, yang ni contoh salah satu asrama yang ada di KMNS. Gambar kat atas ni kediaman cendikia ataupun nama lain dipanggil block C untuk pelajar perempuan. Dikenali block C kerana kedudukan ye yang paling jauh di antara asrama-asrama yang lain. Serius hari-hari naik tangga boleh kurus woo. Tak tipu. Sampai bilik kompem lepak atas katil punye. HEHEHE. Kepada adik-adik yang dapat asrama ni tabah kan hati anda okay. Walaupun jauh dari kuliah dan bangunan tutor kita tetap ada kelebihannya. Salah satu ya disebabkan kedudukan atas bukit korang boleh lihat seluruh pemandangan yang ada di KMNS yang tak ada pada asrama lain. Kemudahan cybercafe pon disediakan. Lagi satu boleh ushaa budak laki sebab korang akan lalu depan asrama lelaki untuk balik ke block. Boleh la cuci-cuci mata kejap. HEHEHE

Haa, ni la laluan wajib budak block C kena lalu.

Asrama Bestari (B)
Gambar kat atas ni pulak asrama pelajar lelaki atau lebih senang dipanggil block B sebab kedudukan ye di antara block A dan jugak block C. Kelebihan block b kedudukan sangat strategik sebab dekat dengan surau , padang, koperasi dan lain-lain lagi. No wonder la ramai budak lelaki selalu lepak dekat sebarneka dan koperasi bila waktu malam dan padang bila waktu petang. Tak pe, biarkan je diorang.

  Asrama Jauhari (A)

Gambar kat atas ni pulak asrama jauhari atau dikenali sebagai block A. Asrama ni pon untuk pelajar perempuan. Siapa yang dapat block ni sangat bertuah dan untung giler waa cakap sama lu. Sebab apa block ni paling dekat dengan Dewan Kuliah , Block Tutor , Block Unit, Perpustakaan dan lain-lain. No wonder la budak block A diorang tak kesah kalau bangun lambat bila pergi kelas. Untung kan diorang? Tak pe, kita biarkan je diorang.

Kaki lima setiap aras.

 contoh bilik tv

Kalau korang nak tahu setiap block ada empat aras. Setiap aras terbahagi kepada dua iaitu wing A dan juga Wing B. Tandas ada di setiap wing. Setiap block jugak disediakan bilik tv, surau dan juga bilik iron baju. Batch sekarang sangat untung sebab dapat tv baru giteww. Setiap aras jugak disediakan iron.

Contoh bakal bilik korang nanti.

Ok, abaikan gambar kartun dekat pintu tu. Budak-budak batch lepas yang hias so, terima je la. Oh , ya pasal bilik pulak sistem yang akan tentukan korang dapat block dan bilik mana. Semua sudah ditetapkan. Satu bilik boleh masuk empat orang sekali gus meh. Nak bagi tahu ni jangan jeles tau sebab siapa dapat aras satu katil korang besi ok. Aras dua dan keatas katil kayu. HEHEHE. Jangan ditanya kenapa begitu. Alhamdullilah aku dulu, dapat aras satu. Dalam bilik disediakan juga tempat sidai baju. So, potensi baju nak hilang tu tak ada la senang citer. Kalau nak sidai baju kat ampai luar pon boleh tetapi kena ikut siapa cepat dia dapat la. Sebab tempat sangat terhad dan selalu nya dikongka oleh budak aras satu. HEHEHE.

abaikan bilik yang bersepah tu. Taraaa ! 
Macam ni la contoh sebaik sahaja korang buka pintu bilik

contoh bakal katil korang bagi aras satu. Bantal akan disediakan. 
bagi sesiapa yang nak bawa bantal lebih pon boleh tak ada masalah.

tikar getah tak semua bilik ada. 
bergantung kepada senior-senior yang tinggalkan.

contoh meja belajar. lampu belajar disediakan jugak 











No comments :