Assalamulaikum dan salam sejahtera. Rasa macam dah lama gila tak update blog anak sulung aku ni. Muehmueh. Eh ,anak sulung ? Ha, korang tak tahu ke sekarang ni aku dah ada dua orang anak yang berada di alam maya ni.
Sekarang ni aku lebih fokus kepada anak kedua aku. Bukan niat nak pilih kasih tapi TERPAKSA. Ni semua gara-gara lecture aplikasi komputer punya pasal ! Ada ke patut puan tu nak tengok akhir semester satu paling minimum 28 posts ? Whatt ! Anak sulung aku yang ni pon nak dekat setahun kumpul 28 posts. Ini kan pula dalam beberapa bulan je. Hampehh..
Dulu otak aku sampai tak boleh hadam apa kaitan belajar ekonomi , perakaunan dan business dengan aplikasi komputer? Bila dah lanjut usia ni baru aku faham betapa pentingnya aplikasi komputer ni tak kira sama ada pada diri sendiri mahupun pelajaran.
Dunia zaman sekarang ni semuanya berkaitan dengan komputer. Tak kan masih nak jadi katak bawah tempurung lagi ? * Muhasabah diri kejap *
Lepas habes sahaja semester satu aku ada niat jahat. Aku nak gugurkan anak kedua aku. Hahaha. Bunyi dasyat kan ? Apa boleh buat. Insyallah tamat semester satu aku akan cuba sedaya upaya untuk lebih fokus kepada anak sulung aku.
No comments :
Post a Comment