Saturday, 16 November 2013

Kecil Dunia Kita

Idea aku sekarang ni tengah mencurah-cura nak update blog. Nak rilexkan minda kejap disamping mood nak menulis tengah berbunga-bunga. Hihihi. Minggu lepas rasa macam tak percaya je yang diri aku sebenarnya mampu MENGHADAPI dan MENGHARUNGI hari-hari yang penuh dengan tekanan.

Lega gila minda ni bila semua perkara dah lepas kalau tak otak ni rasa macam nak pecah dah. So, kali ini punya update isu-isu yang santai je. Tak nak yang berat-berat. Dulu masa kecik-kecik aku selalu kata bumi yang kita duduk sekarang ni kecil je saiznya. Bila pergi sekolah rendah belajar sains baru aku tahu teori tu salah ! So, apa kaitan dengan tajuk kecil dunia kita?

Masa cuti raya haji yang lepas aku sahaja ringankan diri dengan kawan-kawan yang lain pergi TBS nak beli tiket takut habes punya pasal. Lepas tu lepak-lepak sambil singgah sembahyang di surau. Guest what ? aku jumpa kawan sekolah rendah. Kiteorang masa sekolah rendah memang rapat. Tapi lepas sekolah menengah dah mula hilang jejak sebab tak satu sekolah lagi. Walaupun duduk di daerah yang sama kiteorang tak pernah set nak jumpa kat mana-mana sehinggalah sekarang. Semua perkara yang berlaku pada masa tu secara kebetulan.

Gembira tak terkata bila jumpa dia dekat surau TBS tu. Paling terkejut sekali rupanya dia kenal kawan aku masa dekat sekolah menengah. Dan yang paling best ye aku jumpa kawan dia tu masa kiteorang zaman matriks. Aku dengan kawan dia , kiteorang satu aras. Bila dekat ukm hubungan aku dengan kawan dia lagi mula rapat dari semasa ke semasa. Senang cerita susah senang bersama la. So, kesimpulannya, kecil ye dunia kita ni kan? Pusing-pusing macam tu sahaja kawan kita ni. 


Ira , Farah , Jiha


Indahnya perancangan Allah ! :)

No comments :