Thursday, 18 July 2013

Ketagih Sudah


Candy Crush SAGA

Opps, mesti ramai yang tertanya-tanya ketagih dengan apa? Okay jangan panik ataupon cuak you alls semua. Nampak tak gambar kat atas tu? Ye, aku ketagih main game Candy Crush SAGA la. Bukan ketagih dadah dan seangkatan dengannya.

Siapa suka main game Candy Crush SAGA? Kalau suka main kita geng ler. Tiap-tiap hari mesti kena main game ni. Kalau sehari tak main memang rasa tak sah. Padahal banyak lagi benda yang nak dibuat. Nak isi borang itu, borang ini la. Akaun bank islam pon tak buat lagi. Ptptn pon tak mohon lagi dan lain-lain lagi. 

Bukan malas ataupun sahaja nak tangguhkan. Buat masa ni nak selesaikan satu perkara je lagi yang tinggal. Insyallah lepas 20/7 ni akan diuruskan secara perlahan-lahan. Sementara tunggu 20/7 tak salah kan kalau kita main game ni kan? Ada apa dengan 20/7 ni? Rahsiah okay.

macam taman tema permainan kan?

Game ni sebenarnya banyak mencabar akal dan fikiran kita untuk menyelesaikan level disamping menggunakan 5 nyawa yang diberikan. Pergh, nak cerita sikit ni. Nak dapatkan satu nyawa punya la lama. Dalam 20-30 minit jugak la. Suka main game ni sebab dia punya warna dekat Candy nampak macam real. Rasa nak makan pon ada jugak. 

Senang sahaja nak dapatkan game ni. Bagi sesiapa yang ada handphone yang canggih boleh download je. Gunakan kecanggihan dunia IT sekarang ni. Cara yang lain, korang boleh main secara online di facebook. Bagi kepada sesiapa yang belum cuba main tunggu apa lagi main la cepat. Dah ramai sebenarnya yang main cuma aku agak ketinggalan baru nak main. Sekarang ni dah di level 60. Kalau dulu popular dengan game Pau, Subway dan sebagainya  kali ni giliran Candy Crush Saga pulak. Kreatif orang zaman sekarang ni kan?

Pstt ada pesanan ni. Main-main jugak tapi jangan sampai lalai okay. Anggap la ni sebagai salah satu cara untuk mengurangkan stress.

No comments :