Bila tengok cair kot tekak ni. Gulps ! Lagi-lagi dalam bulan ramadhan ni banyak program masakan. Ahh, part tu yang terliur dan tak boleh tahan. Alhamdulillah dapat jugak teruskan puasa walaupun iman agak goyah sedikit.
Semangat teringin nak makan semakin tebal bila tengok program Tasty Road. Kepada Fatin Izzati Mohadzir bila anda mahu belanja saya makan? HEHEHE. Zaman sekarang ni dah ada macam-macam menu yang boleh buat dari kek beras. Yang paling popular masak dengan rempah ratus. Terpulang kepada tekak masing-masing nak makan jenis yang mana satu asalkan ada duit. Ye la manusia ni kan rambut je sama hitam tapi hati lain-lain kan? Kalau rambut yang bukan warna hitam tu no komen okay. =)
nampak sedap kan?
Dalam dua , tiga hari yang lepas ada gak baca article pasal pengalaman makan kek beras korea ni. Ada someone tu memang teringin nak makan tapi bila dah ada depan mata tak kena dengan tekak lak. Mungkin dah selesa dengan makanan Asia. Harap-harap aku tak macam tu nanti.
Azam untuk kali ni nak cuba makan kek beras korea ni. Tak dapat makan di Korea dapat makan di Malaysia pon dah kira okay. Banyak je restoran korea yang dah ada kat Malaysia ni. So, jimat duit tak payah nak pergi Korea. Muehmueh. Amin ! Tak kesah la korang nak makan makanan negara mana pon asalkan halal. ;)
No comments :
Post a Comment