Thursday, 18 July 2013

People Change

Apa tunggu lagi, jom singgah baca kejap. Kali ni nak luah perasaan sikit yang dah lama terpendam. Cewah, over je lebih. Bukan nak mengadu bomba ke apa, bila dah lama-lama makin tak tahan dan sampai tahap meluat pon ada ni. =.=

Kepada orang yang berkenan, jujur aku katakan perangai kau dah berubah dan lain sangat. Masih lagi terfikir apa salah aku sampai kau jadi macam ni. Setahu aku , aku tak pernah kacau hidup kau. Tapi kenapa kau perlu buat aku macam ni?

Hidup ni tak perlu nak mengadu bomba bagai dan buat cerita. Soal rezeki tu Allah yang dah tentukan. Tak perlu la kau nak pertikaikan. Bukan kerja kau untuk menentukan masa depan seseorang. Satu pesanan untuk kau, hidup didunia ini jangan ada sifat cemburu dan iri hati. Rezeki kita sudah ditentukan oleh Allah. Sebaliknya terima lah dengan hati yang terbuka. Aku harap lepas ni kau boleh berubah seiring dengan imej kau yang sekarang ni.

Hidup ni diibaratkan roda. Mungkin kali ni aku berada di atas, mana tahu suatu hari nanti kau pulak yang berada di atas kan? Mari la kita sama-sama munasabahkan diri di dalam bulan yang mulia ini. Pstt, mood kali ni muka sahaja yang happy tapi hati? Hanya Allah sahaja yang tahu. =.=

No comments :