Monday, 25 November 2013

Buletin Kesihatan

Sekadar Perkongsian dari Majalah I-Sihat ...

Awas ! Jika Suka Kunyah Ais.

SEBUAH hasil kajian terbaru mendapati seorang pesakit anemia yang sering mengunyah ais batu, tahap zat besi di dalam darahnya dapat mencapai paras normal. Tetapi hal ini ternyata mempunyai kesan negative membuatkan gigi anda cedera. Selain itu, boleh mencetuskan abses dan melemahkan struktur gigi hingga menyebabkan mudah patah dan retak.

Organ Paling Bahaya

Tahukah anda organ paling bahaya pada tubuh manusia ? Jawapannya, lemak di perut. Apabila kita makan dengan banyak, kalori yang berlebihan akan tersimpan sebagai lemak di seluruh tubuh, terutama perut. Apa yang anda tidak tahu ialah , sebaik berada di dalam perut, lemak tersebut berubah menjadi organ.Tetapi tidak seperti perut, hati atau usus yang membantu anda meneruskan kehidupan. Lemak di perut merembeskan bahan bertoksik. Ia menjadi pencetus interaksi yang rumit yang mana kesannya boleh melemahkan jantung, merosakkan salur darah dan melemahkan sistem imun. Dan sekiranya berat badan terus bertambah, bermakna jangka hayat anda semakin pendek.

Semut-semut Petanda Gangguan Saraf

JANGAN abaikan petanda rasa semut-semut atau kebas, sekiranya anda sering mengalaminya.  Ia merupakan petanda anda mengalami kerosakan saraf atau neuropati. Neuropati dialami dalam sekitar 26 peratus orang dewasa berusia 40 tahun ke atas. Penyakit ini biasanya dialami oleh mereka yang kekurangan vitamin B, pesakit mengidap diabetes bertahun-tahun lamanya. Namun ia boleh dicegah dengan mengambil vitamin B1, B6 dan B12, mengurangkan alcohol serta kerap berolahraga.

No comments :