Bila dah masuk bulan julai banyak jugak drama atau cerita yang aku layan dah habes episode. Lepas ni kena la carik drama baru yang betol-betol seronok untuk ditonton. Banyak je sebenarnya drama-drama yang disiarkan di TV cuma tak semua cerita yang betol-betol aku ikuti. Antara drama atau cerita yang aku ikuti dari bulan jun adalah :
1. Masterchef Selebriti
Cerita ni aku layan sejak tamat belajar dekat matrik sampai la Syura jadi juara. Kat sini la kita boleh lihat bakat-bakat selebriti tanah air kita di gelanggang memasak. Bila dah habes Masterchef Selebriti terus layan Masterchef Australia Season 4.
Proud to be part of Johorean :)
2. Rooftop Prince
Drama korea ni sebenarnya dah lama dimainkan cuma aku agak ketinggalan nak tengok cerita ni sebab sibuk belajar di matrik. Nasib baik ada siaran ulangan di channel One HD. Tak ada la kena tengok online. Aku layan cerita ni sebab jalan cerita dia unik mengenai kelahiran semula. Drama ini ada element romantik sikit-sikit dan juga lawak. Bayangkan la bila orang pada zaman dahulu datang ke zaman sekarang yang dah moden serba canggih ni. Lagi satu suka layan drama korea ni sebab episod ye tak terlalu lama seperti drama dari Indonesia. Hero dan Heroin comel dalam drama ni. Muehmueh.
3. Teduhan Kasih
Mesti ramai yang dah tahu asal usul drama ni. Drama ni salah satu yang diadaptasi dari novel. Zaman sekarang memang trend buat drama dari novel kan? Nampak tak bakat-bakat penulis novel tanah air kita yang mampu menulis dan mereka novel mengikut jalan cerita masing-masing. Nasib baik ada main kat TV jimat duit nak beli novel ni. HAHAHA. Sebenarnya kalau nak lagi puas baca la dari novel ye sebab tak semua episod di mainkan bila dah buat drama. Sekarang ni layan cerita Demi Dia pulak !
4. Sebenarnya Saya Isteri Dia
Layan cerita ini dari first episod sampai la last episode yang semalam baru je habes. First episod tengok ramai-ramai dengan budak aras hostel. Maklum la masa ni baru ada TV baru boleh berfungsi. Kalau tak memang tak ramai yang nak melekat atau lepak dekat bilik TV KMNS tu. Selama ni kalau nak tengok TV pergi cafe je la. Setiap hari jumaat malam je mesti kiteorang dah berkumpul awal di bilik TV sebab tak nak budak aras lain kongke. Sebenarnya budak aras aku la yang merasmikan TV baru tu. HEHEH. Saje tak nak heboh kat budak-budak aras atas. Nampak tak permainan ya di situ? Siapa tak tengok memang rugi giler meh. Bagi sesiapa yang ada novel ni lagi la untung. =)
No comments :
Post a Comment