Saturday, 29 June 2013

Sup Cendawan?



Bagi korang sup cendaiwan tu sedap tak? Ye la, setiap orang mempunyai cita rasa yang berbeza. Rambut sama hitam ini kan pula hati masing-masing. Bagi pendapat aku pulak, aku memang  tak suka makan sup cendawan ataupun tak geti makan sup cendawan. Tak kisah la korang nak kata jakun ke , orang kampung la kau ni dan blah blahh. Bagi aku tetap TAK SEDAP  NOKTAH. =.=

Salah satu faktor tak suka mungkin aku bukan lahir daripada latar belakang keluarga yang berada. Kalau pergi makan dekat luar mesti kiteorang lebih memilih kedai makanan yang biasa je. So, sup cendawan memang tak ada dalam list menu ok?. Aku pula seorang jenis yang kalau tak makan nasi dalam sehari mesti rasa lain macam. Pernah masa dekat matrik dulu aku tak makan nasi dalam sehari , tangan aku mesti akan mengigil. Nama pun orang Asia memang tak kan terlepas la dari makan nasi. =.=

Ketika aku di form 2, persatuan badan uniform buat majlis makan malam di Prime City Hotel. Antara menu yang dihidangkan adalah sup cendawan. First time aku makan sup cendawan setelah 14 tahun aku hidup. OMG ! Bila aku tengok kawan-kawan aku makan macam sedap je, aku pon try. Dua sudu yang pertama ok lagi, masuk sudu yang ketiga serius tekak aku memang dah tak boleh telan sup cendawan tu. Terus set dekat otak tak sedap ye, tapi kenapa diorang kata sedap? Aku pun hairan =.=  Sejak peristiwa tu bila ada orang yang offer sup cendawan cepat-cepat aku kata tak nak. HAHAHA
 
“ Kalau sup cendawan kau tak suka, cendawan kau suka tak? “ 

Aku paling suka cendawan goreng ! Yummy . Kalau makan panas-panas lagi sedap. Sebenarnya cendawan ni banyak khasiat yer. Kalau nak tahu khasiat yer yang lebih lanjut sila klik di link ini http://cendawanglobal.blogspot.com/2009/05/cendawan-kaya-khasiat-dan-nilai.html. Kat situ korang boleh jumpa pelbagai jenis cendawan. Link yang ini pula untuk cendawan yang paling mahal di dunia. http://www.cydasite.my/2013/01/cendawan-paling-mahal-di-dunia.html

Mood: Selamat Membaca ! ^-^


No comments :