Tuesday, 23 July 2013

Busy-Busy Buzz

Once again Assalamualaikum kepada wahai pembaca blog sekalian. Jawab tau salam tu, tak jawab dosa. HEHEHE. Ayat ni la yang selalu dengar masa zaman kecik-kecik dulu. Okay dah stop sampai situ. Tajuk dekat atas kata busy. Busy pasal apa ye? Kalau nak tahu kena la baca.

" Ahh, hilang satu beban "  !

Kalau korang baca pasal entry yang lepas-lepas aku ada katakan bahawa segala urusan akan dilakukan selepas tarikh 20 JULAI 3013. Pstt, kalau nak carik pasal entry yang lepas jangan pergi bawah sangat. Tak ada la lepas-lepas mana pon still dalam bulan julai ni gak. Ada apa dengan 20 JULAI 2013? Tarikh tu sebenarnya hari terakhir exam muet. Ye, aku mengaku yang aku ni repeat muet untuk kali kedua. Alasan repeat sebab result yang dulu terlebih band 10 sebenarnya. HAHAHA. Aku mengaku masa dekat matrik dulu aku lebih fokus kepada empat subjek yang utama dan telah mengabaikan muet. Kesian muet di anak tirikan.

" Ahh, stress dah datang balik " !

Stress nak uruskan segala dokumen. Sejak dua menjak ni boleh dikatakan dekat gak la diri aku ni dengan dokumen. Lama-lama tangan ni dah lali bila nak isi form. HOHOHO. Baru nak uruskan sekarang sebab malas nak buat masa nak dekat exam muet. Bila kawan-kawan tanya " eh, awak dah isi borang itu dan ini " ? Aku buat bodoh je. HAHAHA kejam kan? 

Mula-mula sekali klik terima tawaran di lawan web UKM. Seterusnya proses untuk print segala dokumen bagai. Tapi ada yang tak print semua sebab UKM akan post kan surat tawaran ke rumah. Okay nampak tak kat situ dah jimat lima perkara iaitu elektrik, ink, kertas A4, tenaga dan juga masa. 

" Ahh, terpegun sekejap " !

Semalam pergi BIMB dengan abah sebab nak bukak akaun. Dapat jumpa abang muka yang manis.  Cewahh ! Abang tu la yang ditugaskan untuk menguruskan segala urusan aku semalam. Terpegun tengok senyuman abang tu yang manis. Betol la kata orang kulit hitam manis itu menawan. Macam lagu ni, hitam manis hitam manis oh hitam manis padang tak jemu pandang tak jemu. Erk, sorry kalau salah lirik. Setuju dengan lirik lagu tu. HAHAHA. Abang tu dulu student UUM kos ekonomi. Alhamdulillah sambil-sambil menyiapkan urusan sempat juga abang tu beri nasihat dan berkongsi pengalaman dalam menempuh alam universiti. Terima kasih banyak-banyak. Sangat selesa dengan layanan dari BIMB.

" Ahh, darah dah mula menyiap dah ni " !

Semalam pergi kedai gambar mintak tolong edit kepada size yang telah ditetapkan untuk kad matrik. Sampai rumah punya la semangat nak upload kejap lagi bukak je cd orang tu salah buat. FRUSTT okay. Burn RM 10 aku macam tu je dengan sekelip mata. =.= Alhamdulillah pagi tadi pergi dekat kedai lain semuanya dah selesai. Gambar pon dah selamat diterima oleh sistem. 

Berapa banyak Ahh dah. Hampir 50% segala urusan dah selesai. Medical check-up pon dah buat tadi di klinik kesihatan. Kena bayar RM 20 tunai. Muehmueh. Insyallah urusan yang lain akan diusahakan dalam masa terdekat ni. Buat sikit-sikit dulu. Sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Nanti tak ada la kelam kabut. Tak suka buat kerja last minit sebenarnya. Nanti semua benda tak sempurna dan tak menjadi. =)

Teringin Nak Makan

Assalamualaikum semua. Kali ni nak cerita pasal makanan pulak. Sebenarnya dah lama ada niat dalam hati ni teringin nak makan kek beras korea atau pon nama lain dalam korea Tteokbokki. First time nampak makanan ni dalam cerita Running Man yang ada episode Goo Hara.

Bila tengok cair kot tekak ni. Gulps ! Lagi-lagi dalam bulan ramadhan ni banyak program masakan. Ahh, part tu yang terliur dan tak boleh tahan. Alhamdulillah dapat jugak teruskan puasa walaupun iman agak goyah sedikit.

Semangat teringin nak makan semakin tebal bila tengok program Tasty Road. Kepada Fatin Izzati Mohadzir bila anda mahu belanja saya makan? HEHEHE. Zaman sekarang ni dah ada macam-macam menu yang boleh buat dari kek beras. Yang paling popular masak dengan rempah ratus. Terpulang kepada tekak masing-masing nak makan jenis yang mana satu asalkan ada duit. Ye la manusia ni kan rambut je sama hitam tapi hati lain-lain kan? Kalau rambut yang bukan warna hitam tu no komen okay. =)


 nampak sedap kan?

Dalam dua , tiga hari yang lepas ada gak baca article pasal pengalaman makan kek beras korea ni. Ada someone tu memang teringin nak makan tapi bila dah ada depan mata tak kena dengan tekak lak. Mungkin dah selesa dengan makanan Asia. Harap-harap aku tak macam tu nanti.

Azam untuk kali ni nak cuba makan kek beras korea ni. Tak dapat makan di Korea dapat makan di Malaysia pon dah kira okay. Banyak je restoran korea yang dah ada kat Malaysia ni. So, jimat duit tak payah nak pergi Korea. Muehmueh. Amin ! Tak kesah la korang nak makan makanan negara mana pon asalkan halal. ;)



Thursday, 18 July 2013

Ketagih Sudah


Candy Crush SAGA

Opps, mesti ramai yang tertanya-tanya ketagih dengan apa? Okay jangan panik ataupon cuak you alls semua. Nampak tak gambar kat atas tu? Ye, aku ketagih main game Candy Crush SAGA la. Bukan ketagih dadah dan seangkatan dengannya.

Siapa suka main game Candy Crush SAGA? Kalau suka main kita geng ler. Tiap-tiap hari mesti kena main game ni. Kalau sehari tak main memang rasa tak sah. Padahal banyak lagi benda yang nak dibuat. Nak isi borang itu, borang ini la. Akaun bank islam pon tak buat lagi. Ptptn pon tak mohon lagi dan lain-lain lagi. 

Bukan malas ataupun sahaja nak tangguhkan. Buat masa ni nak selesaikan satu perkara je lagi yang tinggal. Insyallah lepas 20/7 ni akan diuruskan secara perlahan-lahan. Sementara tunggu 20/7 tak salah kan kalau kita main game ni kan? Ada apa dengan 20/7 ni? Rahsiah okay.

macam taman tema permainan kan?

Game ni sebenarnya banyak mencabar akal dan fikiran kita untuk menyelesaikan level disamping menggunakan 5 nyawa yang diberikan. Pergh, nak cerita sikit ni. Nak dapatkan satu nyawa punya la lama. Dalam 20-30 minit jugak la. Suka main game ni sebab dia punya warna dekat Candy nampak macam real. Rasa nak makan pon ada jugak. 

Senang sahaja nak dapatkan game ni. Bagi sesiapa yang ada handphone yang canggih boleh download je. Gunakan kecanggihan dunia IT sekarang ni. Cara yang lain, korang boleh main secara online di facebook. Bagi kepada sesiapa yang belum cuba main tunggu apa lagi main la cepat. Dah ramai sebenarnya yang main cuma aku agak ketinggalan baru nak main. Sekarang ni dah di level 60. Kalau dulu popular dengan game Pau, Subway dan sebagainya  kali ni giliran Candy Crush Saga pulak. Kreatif orang zaman sekarang ni kan?

Pstt ada pesanan ni. Main-main jugak tapi jangan sampai lalai okay. Anggap la ni sebagai salah satu cara untuk mengurangkan stress.

People Change

Apa tunggu lagi, jom singgah baca kejap. Kali ni nak luah perasaan sikit yang dah lama terpendam. Cewah, over je lebih. Bukan nak mengadu bomba ke apa, bila dah lama-lama makin tak tahan dan sampai tahap meluat pon ada ni. =.=

Kepada orang yang berkenan, jujur aku katakan perangai kau dah berubah dan lain sangat. Masih lagi terfikir apa salah aku sampai kau jadi macam ni. Setahu aku , aku tak pernah kacau hidup kau. Tapi kenapa kau perlu buat aku macam ni?

Hidup ni tak perlu nak mengadu bomba bagai dan buat cerita. Soal rezeki tu Allah yang dah tentukan. Tak perlu la kau nak pertikaikan. Bukan kerja kau untuk menentukan masa depan seseorang. Satu pesanan untuk kau, hidup didunia ini jangan ada sifat cemburu dan iri hati. Rezeki kita sudah ditentukan oleh Allah. Sebaliknya terima lah dengan hati yang terbuka. Aku harap lepas ni kau boleh berubah seiring dengan imej kau yang sekarang ni.

Hidup ni diibaratkan roda. Mungkin kali ni aku berada di atas, mana tahu suatu hari nanti kau pulak yang berada di atas kan? Mari la kita sama-sama munasabahkan diri di dalam bulan yang mulia ini. Pstt, mood kali ni muka sahaja yang happy tapi hati? Hanya Allah sahaja yang tahu. =.=

Friday, 12 July 2013

Rezeki Bulan Ramadhan



Assalamualaikum. Selamat menjalani ibadah puasa. Hari khamis yang lepas merupakan detik-detik cemas bagi pelajar lepasan asasi, matrikulasi, stpm dan juga diploma sebab result upu dah keluar.



Walaupun agak kecewa sikit dengan keputusan tu tapi masih lagi bersyukur sebab masih diberi peluang untuk sambung belajar. Sebenarnya dari zaman sekolah lagi dah target bila habis matrik nak sambung dekat UPSI. Tapi tak ada rezeki pulak .=.=




 Alhamdulillah. Tak sangka pon sebenarnya boleh dapat UKM sebab persaingan teramat lah sengit. Masa di matrik dapat la juga peluang untuk buat lawatan di Fakulti Ekonomi & Pengurusan di UKM. Sebelum ni pon pernah penginap di UKM untuk beberapa hari tatkala membuat lawatan untuk program lepas PMR. Mungkin dah ada jodoh dekat situ. Kuikui. 

Kalau dulu dari Kluang ----> Kuala pilah. Sekarang dah bertambah satu lagi. Kluang ----> Kuala pilah ----> Bangi. Muehmueh. Kalau diikutkan dari peta Malaysia kedudukan ni semakin ke atas kan? Sesungguhnya perancangan Allah itu lebih teratur.

Melalui kos yang ditawarkan ni, masih lagi diberi peluang untuk membuat pilihan sama ada untuk meneruskan dalam bidang Pentadbiran Perniagaan ( Business) atau pun Perakaunan pada tahun ke 2. Perancangan awal memang nak tukar ke Perakaunan dengan syarat akan diadakan interview disamping result yang flying colour tu bak kata orang putih. Hehehe. Sebab subjek business lebih kepada membaca. Oh, tidak ! Tak berapa nak gemar subjek yang ada membaca ni. 

Rasanya belum terlambat lagi untuk mengucapkan Tahniah kepada rakan-rakan yang berjaya menempatkan diri ke menara gading. Kepada yang kurang bernasib baik insyallah rezeki Allah itu luas sebenarnya.






Wednesday, 10 July 2013

Salam Ramadhan :)

Assalamualaikum ;). Salam ramadhan semua. Alhamdulillah, tahun ini dapat jugak berpuasa dengan keluarga. Tahun depan? Tak tahu macam mana lagi. HEHEHE. Kalau tahun lepas , first ramadhan dapat balik kluang walaupun kejap sebab esok ye ada kuliah dan kelas. Dugaan betul tunggu bas sampai dekat tol ayer hitam Bukan 1 jam, 2 jam,4 jam tapi berjam-jam. HAHAHA. Korang dengar tak?  Serius lama sangat kena tunggu. Janji pukul 2.00 petang tapi pukul 6.30 baru sampai. Eh, mana ada menyirap masa tu ! Kalau naik bas lain pukul 6.30 tu aku dah boleh siap-siap nak pergi beli makan untuk berbuka tahu tak? Sampai muka pon sun burn..

Pengalaman tahun lepas first time puasa dekat matrik ;). Seronok sebenarnya sebab dapat berbuka puasa dengan roommate walaupun ada yang tak cukup kat bilik tu. Bila petang je kiteorang semua akan siap-siap nak pergi bazar dekat KMNS. Macam-macam jenis makanan , air dan kuih yang ada. Taka da beza pon dengan bazar ramadhan yang dekat Malaysia ni. Menu yang selalu jadi rebutan dikalangan pelajar-pelajar KMNS ialah Nasi Lemak Berempah, Nasi Ayam dan lain-lain lagi. Kalau tak pandai berjimat cermat duit boleh pokai dengan sekelip mata je.

Kalau waktu sahur pulak, kadang-kadang sanggup bangun awal semata-mata nak beli makanan dekat cafe. Takut lauk habes la kata kan. Nasib baik la block asrama aku sebelah je dengan cafe. Bersyukur giler. Tu pun kejap bukak kejap tak bukak. Sahur je la dengan apa yang ada dalam bilik. Kadang-kadang tu aku sahur sorang-sorang sebab roommate aku kebanyakkan ye jenis yang tak suka sahur. Nasib badan ler kena sahur sorang-sorang. Adat la tu hidup merantau di negeri  orang kan? 

Rindu sebenarnya nak berpuasa di matrik lagi. Apa-apa pon aku doa yang terbaik untuk  kawan-kawan, budak aras dan roommate. Semoga korang sihat sentiasa. Insyallah jumpa di menara gading nanti yo !

Saturday, 6 July 2013

Drama-Drama

Assalamualaikum. Sedar tak sedar sekejap je waktu berlalu. Sekarang ni dah masuk bulan julai dan tak lagi makna ye bulan ramadhan akan tiba. Setelah sekian lama kumpulkan semangat akhirnya dapat jugak update untuk bulan julai ini. Tak malas pon sebenarnya nak update blog cuma tak ada mood nak menulis.

Bila dah masuk bulan julai banyak jugak drama atau cerita yang aku layan dah habes episode. Lepas ni kena la carik drama baru yang betol-betol seronok untuk ditonton. Banyak je sebenarnya drama-drama yang disiarkan di TV cuma tak semua cerita yang betol-betol aku ikuti. Antara drama atau cerita yang aku ikuti dari bulan jun adalah :

1. Masterchef Selebriti 

Cerita ni aku layan sejak tamat belajar dekat matrik sampai la Syura jadi juara. Kat sini la kita boleh lihat bakat-bakat selebriti tanah air kita di gelanggang memasak. Bila dah habes Masterchef Selebriti terus layan Masterchef Australia Season 4. 



Proud to be part of Johorean :)


2. Rooftop Prince

Drama korea ni sebenarnya dah lama dimainkan cuma aku agak ketinggalan nak tengok cerita ni sebab sibuk belajar di matrik. Nasib baik ada siaran ulangan di channel One HD. Tak ada la kena tengok online. Aku layan cerita ni sebab jalan cerita dia unik mengenai kelahiran semula. Drama ini ada element romantik sikit-sikit dan juga lawak. Bayangkan la bila orang pada zaman dahulu datang ke zaman sekarang yang dah moden serba canggih ni. Lagi satu suka layan drama korea ni sebab episod ye tak terlalu lama seperti drama dari Indonesia. Hero dan Heroin comel dalam drama ni. Muehmueh.





 3. Teduhan Kasih

Mesti ramai yang dah tahu asal usul drama ni. Drama ni salah satu yang diadaptasi dari novel. Zaman sekarang memang trend buat drama dari novel kan? Nampak tak bakat-bakat penulis novel tanah air kita yang mampu menulis dan mereka novel mengikut jalan cerita masing-masing. Nasib baik ada main kat TV jimat duit nak beli novel ni. HAHAHA. Sebenarnya kalau nak lagi puas baca la dari novel ye sebab tak semua episod di mainkan bila dah buat drama. Sekarang ni layan cerita Demi Dia pulak !





4. Sebenarnya Saya Isteri Dia

Layan cerita ini dari first episod sampai la last episode yang semalam baru je habes. First episod tengok ramai-ramai dengan budak aras hostel. Maklum la masa ni baru ada TV baru boleh berfungsi. Kalau tak memang tak ramai yang nak melekat atau lepak dekat bilik TV KMNS tu. Selama ni kalau nak tengok TV pergi cafe je la. Setiap hari jumaat malam je mesti kiteorang dah berkumpul awal di bilik TV sebab tak nak budak aras lain kongke. Sebenarnya budak aras aku la yang merasmikan TV baru tu. HEHEH. Saje tak nak heboh kat budak-budak aras atas. Nampak tak permainan ya di situ? Siapa tak tengok memang rugi giler meh. Bagi sesiapa yang ada novel ni lagi la untung. =)