Semalam layan cerita ‘Detik 12 Malam’ di tv3 yang mengisahkan
pengalaman hamba Allah yang bekerja pada waktu 12 malam keatas untuk mencari
rezeki yang halal. Banyak pengalaman yang dilalui seperti gangguan makhluk
halus. Ini semua adalah dugaan mental dan fizikal untuk kita semua. Terpulang
untuk kita menilai sama ada benar ataupun tidak tentang kewujudan
makhluk-makhluk tersebut. Episod yang lalu mengisahkan pengalaman penggali
kubur yang bekerja di waktu malam.
Terus teringat pengalaman 2 tahun yang lepas pergi Kem
Motivasi di Kampung Tengah untuk pelajar yang bakal menduduki peperiksaan SPM.
Serius, masa pergi Kem tu memang dah berazam nak berubah belajar
bersungguh-sungguh. Lama-lama semangat tu makin hilang. HAHAHA. Apa la aku ni
teruk betul perangai. Alhamdulillah masih lagi bersyukur semasa result SPM
keluar walaupun hanya mencatat A dan B sahaja untuk 10 subjek yang diambil.
Okay sekarang ini berbalik semula kepada Kem Motivasi tu.
Salah satu daripada aktiviti yang kiteorang kena buat adalah ‘DUDUK DI TANAH
PERKUBURAN’. Tak silap dalam pukul 2 pagi keatas macam tu. Mula-mula cikgu nak
letak satu kubur satu pelajar, memang tak lah kiteorang nak ! Last-last satu
kubur 2 orang pelajar. Hmm, masa tu rasa lega sikit walaupun dalam hati tengah
ketakutan. Partner aku of course la bff aku. Ehem-ehem, kepada FATIN IZZATI
BINTI MOHADZIR jangan nak gelak ea bila baca ni.
Bila dah berpecah, semua orang dapat kubur masing-masing.
Ada yang dapat kubur baru tanam pagi tadi, kubur lama dan macam-macam lagi. Aku
dengan izzati, kiteorang dapat kubur nak kata lama tak lama mana pon sebab
kepok kubur tu masih lagi cantik walaupun warna dah pudar. Seingat aku,
kiteorang dapat tempat bawah pokok. Tak pasti pokok apa sebab gelap waktu tu.
Belakang kiteorang ada kubur orang dewasa, depan ada satu kubur kanak-kanak,
kiri kanan semua kubur orang dewasa. Kira kedudukan kiteorang dikeliling oleh
kubur. Waktu tu memang aku tak berani nak bukak mata langsung, si izzati aku
tak pasti dia bukak mata ke tak. HAHAHA. Macam-macam surah jugak la kiteorang
baca. Izzati pon ikut je aku baca. Kesian kat izzati masa tu sebab aku pegang
tangan dia kuat gila sebab takut dia hilang. Macam-macam bunyik boleh dengar
masa tu. Seminit duduk situ rasa macam lama sangat.
Tak lama lepas tu, semua budak perempuan dikumpulkan balik
atas-atas faktor keselamatan. Seingat
aku budak lelaki kena duduk lagi lama dari kiteorang sebab diorang buat bising.
Nasib korang ler. Sampai kem je siap-siap basuh kaki lepas tu terus masuk
tidur. Pengalaman tu memang tak dapat dilupakan sampai bila-bila. Setiap yang
hidup pasti akan merasai mati tidak kira sama ada cepat ataupun lambat. Kagum
kepada hamba Allah yang bekerja sebagai penggali kubur kerana pekerjaan yang
dilakukan sangatlah murni dan tak ramai hamba Allah yang mampu untuk melakukan.
No comments :
Post a Comment