Saturday, 8 June 2013

Gelagat Kucing

Salam sejahtera dan salam satu Malaysia semua. Topik kali ini yang aku nak share dengan korang semua adalah pasal kucing. Dapat idea nak tulis pasal kucing pon sebab masa hari sabtu yang lepas baca di dada akhbar mengenai kucing. Siapa ada kucing pelihara kucing kat sini? Sila angkat mouse sikit.. nak tengok berapa ramai yang ada kucing.. Sudah terang lagi bersuluh, memang tak kan nampak punya kan..

Sebagaimana yang kita tahu, kucing juga merupakan salah satu mahluk ciptaan Allah selain dari manusia. Mereka juga diberi peluang untuk bernafas, berbakti dan beribadah di muka bumi yang indah ini. Meh sini nak share dengan korang bagi yang tidak berkesempatan untuk baca surat khabar berita harian ataupun bagi mereka yang baca surat khabar lain. Abah aku memang suka beli berita harian… katanya berita di BH lebih mantap dan mutakhir. So, bila abah dah beli baca je la untuk mengelakkan bosan yang teramat bila duduk di rumah. Maklumat yang ada aku nak share ini ada kat page 14 dan 15 di bahagian ‘INSPIRASI’ pada 1 JUN 2013 bagi mereka yang nak tahu ataupun baca secara keseluruhan.

Korang tahu tak melalui gerakkan ekor kucing kita boleh memahami mood dan gelagat si comel korang. Aku sendiri pon tak pernah terfikir yang melalui ekor kucing pon boleh tahu apa mood si comel. Wooww, tahniah kepada wartawan Suzan Ahmad yang berjaya membuat kajian terhadap kucing ! Kucing adalah antara haiwan domestik yang paling ekspresif. Sama ada secara vokal mahupun menerusi mimic muka, ia mudah menyampaikan rasa senang dan kurang senang kepada kita. Jom kita perhatikan ekor kucing kita ini dan fahami isi hati mereka… muehmueh… !

1.       MELENGKUNG
Ekor yang melengkung seperti bentuk ‘S’ bermaksud kucing sedang berada dalam situasi yang bersantai dan puas hati..

2.       MELENGKUNG KE ATAS
Posisi ekor yang tegak di udara dengan sedikit melengkung di hujungnya menandakan rasa ingin tahu dan minat terhadap sesuatu..

3.       KE ATAS & BERGOYANG
Bermaksud ekor yang tegang sepenuhnya tetapi sedikit bergoyang menandakan kenakalan dan suka bermain dan bergurau.. Part yang ini aku paling suka bila dapat main dengan kucing. Bagi diorang exercise sikit… ! Baru cergas.. Biasanya bila dah besar kucing agak malas untuk main. Kadang-kadang tu buat donoh or tak tahu je… Geram giler… !

4.       TERGANTUNG & BERGOYANG
Ekor yang dihayun dari sisi ke sisi lain menunjukkan tidak sabar atau berang dan meradang.. Oppss ! Jaga-jaga nanti ada jugak yang kena gigit dengan kucing.. Waktu ini kalau boleh jangan cuba sentuh atau pegang sebab takut-takut membawa padah kepada diri kita.

5.       MELENGKUNG & TERSENTAK
Bermaksud kucing sedang sakit hati atau bengang..


6.       DILIPAT

Ekor yang menghala ke bawah dan dilipat antara kaki belakang bermaksud penyerahan sepenuhnya atau pasrah macam lagu erra fazirah tu.. hehehe

Bila dah habes baca.. aku baru ingat yang ekor kucing aku boy kontot.. Macam mana nak baca emosi dia kalau macam tu.. hahaha.. Aku dengan adik aku pon gelak masa tu.. Tapi bila ada kucing ni best sangat walaupun diorang tak dikurniakan akal seperti kita.  Kadang-kadang bila aku ada masalah atau ada benda yang nak diluahkan kucing ada mangsa aku untuk dengar semua tu.. Adeh, kesian kat boy. Bila aku cerita kat boy, dia macam faham setiap kali aku cakap.. mata dia pasti akan berkelip-kelip.. Agak ye dia pon tahu perasaan tuan dia.. Kalau la boy boleh cakap entah-entah dia pon cakap macam ni.. ‘Eh, aku tak nak dengar la masalah ko  yang aku tahu nak makan je..’ Huh..! Hahaha.. Nasib baik la dia tak boleh nak cakap. Cuma geti meow je dia tahu.. Bila nak mintak makan , dia akan gesel-gesel kat kaki.. Yang aku kagum dengan boy dia sangat manja dengan abah aku.. sampai abah aku panggil dia anak abah.. Apa kes? Muehmueh.. Bila nampak kereta abah balik je si boboy tu mesti akan kejar.. pastu golek-golek kan badan dia.. sangat setia. Teringat kat movie hachiko.. hehehe.. Tu la karenah kucing jantan aku yang seekor ni.. 

boboy masa kecik


ekor boboy yang 'kontot'
sorry, malas nak rotate


No comments :