Wednesday, 22 May 2013

Air Oh Air !

Assalamualaikum semua. Memandangkan Cik O ada banyak sangat masa lapang so sikap rajin nak update blog sentiasa membuak-buak dalam diri ni. Hyperbola je lebih !! ;)… Masa hari selasa yang lepas ‘Cik O’ tadah air sebab minggu ni tangki air di kluang akan dibersihkan. Memandangkan ‘Cik O’ penganggur terhormat dekat rumah, abah suruh la Cik O tadah air dalam tong-tong dan besen. Masa nak tunggu air penuh dekat tong, teringat dekat masa dulu belajar kat matrik Negeri Sembilan. Teringat apa? Mesti la kes tiada air. Jangan risau masalah air kalau berlaku kat matrik cuma mengambil masa beberapa hari sahaja. So, kali ini Cik O nak berkongsi sedikit pengalaman pahit rasanya macam minum kopi.

Pada malam sebelum tak ada air tu, ada dapat call dari kawan suruh tadah air sebab tangki air di kuala pilah tergelam masa banjir. Cik O yang sendiri pon tak tahu bila masa kuala pilah ni banjir. Ni la akibatnya orang yang malas nak pergi outing. Orang lain pergi outing Cik O pergi buat peta kat bantal. Hahaha. Masa hujung minggu la nak tebus balik tidur yang tak cukup. So, malam tu jugak kecoh satu aras sibuk tadah air kat baldi sambil gosip-gosip. Masing-masing berebut sink nak tadah air. Lepas tu angkat baldi letak kat luar bilik tutup dengan plastik takut kucing minum or ehem-ehem, faham-faham sendiri la yer. Dekat asrama block kmns banyak sangat kucing-kucing. Ada satu kucing ini jiran bilik depan namakan dia Abang Long. Sebab apa nama kucing tu Abang Long? First, kucing tu kucing jantan. Kedua, badan dia sangat besar kalah saiz badan kucing yang normal lebih kurang macam garfield tapi kucing ni tak comel. Biasa-biasa je. Kiteorang panggil kucing Abang Long sebab dia kucing yang paling tua dan besar kat situ, kira Abang Long ketua kucing. Bila kucing-kucing lain datang je mesti gaduh sampai terkencet kat toilet. Habes busuk satu toilet. Kena la tunggu makcik cleaner bersihkan. Nama lain dia, Sparta macam Kim Jong Kok yang dalam cerita Running man tu. Bila gaduh mesti nak menang. Hahaha.


siapa tak tengok sangat rugi  ;)


Kim Jong Kook

Sebenarnya notis tiada bekalan air dah lama tampal kat OSC. Nampak sangat Cik O malas nak baca notis-notis semua tu. Selalu lalu je, sebab nak cepat punya pasal ulang alik dari kuliah ke kelas tutor. Kadang-kadang rumous pasal tak ada air bukannya betul sangat pon. Bila dah tadah air penat-penat esok ye elok je ada air. Ada kes pagi tu, air kat baldi budak aras Cik O ada orang curi. Haha. Nasib baik, Cik O punya air tak kena kebas. Kalau tak terpaksa la buat muka tebal mintak orang lain punya sikit. Bila petang balik dari kelas nak mandi tak ada air. Mula la call budak block lain tanya ada air tak. Cik O dan roomates semua kutip botol-botol kat tempat recycle pergi amik air kat cafe. Nasib baik dekat. Asal pergi toilet cafe je mesti kena peril dengan budak-budak cafe yang kerja kat situ… Eeee, busuk tak mandi !. Ahh, lantak la diorang nak cakap apa asalkan dapat air. Malam tu nasib baik hujan lebat, so tadah la air guna baldi dengan botol. Bila hujan berhenti, semua sibuk tengok air dalam baldi. Punya la lama tadah, sikit je dapat. Giler frust time tu sebab air nak mandi esok tak ada. Terpaksa la esok pagi ye bangun awal pergi cafe mandi. Air kat cafe pon makin lama macam nak tak nak je keluar. Berebut-rebut nak mandi kat cafe. Kalau kes-kes emergency sakit perut ke memang susah. Tapi best, dapat kenal dan tengok macam ragam budak-budak lain. Ada yang enset termasuk lubang jamban la, sekali tiga orang masuk dalam toilet yang sama la dan macam-macam lagi.

Masuk hari ketiga, masih lagi tak ada air. Nasib baik petang tu ada lori datang bawak air untuk budak-budak kmns ni. Kalau tak badan kiteorang memang bau kambeng je la. Sampai kat kuliah, pensyarah-pensyarah asyik peril je bau macam kambeng. Hakikat ye tak ok. Pensyarah saja je buat lawak. Masa tu nampak air macam tak pernah mandi guna air. Nikmat giler dapat mandi puas-puas nak-nak.  Masa tu Cik O memang tak ada kelas pada waktu petang, Cik O orang yang first rasmikan air kat tangki. Hehehe. Jangan jelous ok? ;) Petang Cik O tolong roomates angkat air. Nasib baik duduk kat aras satu babe dekat sangat dengan rumah fello. Kesian budak-budak aras 3 dan 4 nak angkat air. Esok ye hari Jumaat masih lagi taka da air. Pagi tu memang Cik O dah decide nak balik Kluang, last minit punya pasal nak beli tiket, tiket pon habes. Memang duduk je la kat kmns. Sadis giler masa tu tak dapat balik. Petang tu duduk kat surau. First time pergi mandi dan basuh baju kat surau. Hahaha.

budak-budak aras... ;)


Semua sibuk nak basuh baju sejak-sejak tak ada air. Malam tu, sambil tunggu solat isyak Cik O bergosip kejap. Opps, bukan gossip pasal benda lain tapi gossip pasal bila air nak ada. Sebab kawasan perumahan yang lain semua dah ada air. Kawan Cik O kata isyallah malam ni air mula masuk tangki. Memang lambat la tangki yang besar tu nak  penuh lagi-lagi duduk atas bukit. Hari sabtu keesokkan hari ye, yeahhh finally air dah ada ! Nasib baik tak balik. Kalau tak rugi je duit tiket Cik O. Hehehe. Bukan kedekut tapi nak jimat sebab elaun selalu masuk lambat. Pergi balik je dah rm50 burn, tu baru tiket belum lagi masuk tambang teksi lagi. Tu la pengalaman pertama Cik O bila berada di kmns bila tak ada air. Walaupun penat, tapi percayalah pengalaman tu tidak boleh dibeli dengan wang ringgit, tapi hanya kita sahaja yang kena laluinya. Kesimpulannya hargailah air yang telah dianugerahkan kepada kita. Gunakanlah dengan cermat dan sebaik yang mungkin. ;) 

No comments :