Awas ! Jika Suka Kunyah Ais.
SEBUAH hasil kajian terbaru mendapati seorang pesakit anemia
yang sering mengunyah ais batu, tahap zat besi di dalam darahnya dapat mencapai
paras normal. Tetapi hal ini ternyata mempunyai kesan negative membuatkan gigi
anda cedera. Selain itu, boleh mencetuskan abses dan melemahkan struktur gigi
hingga menyebabkan mudah patah dan retak.
Organ Paling Bahaya
Tahukah anda organ paling bahaya pada tubuh manusia ?
Jawapannya, lemak di perut. Apabila kita makan dengan banyak, kalori yang
berlebihan akan tersimpan sebagai lemak di seluruh tubuh, terutama perut. Apa
yang anda tidak tahu ialah , sebaik berada di dalam perut, lemak tersebut
berubah menjadi organ.Tetapi tidak seperti perut, hati atau usus yang membantu
anda meneruskan kehidupan. Lemak di perut merembeskan bahan bertoksik. Ia
menjadi pencetus interaksi yang rumit yang mana kesannya boleh melemahkan
jantung, merosakkan salur darah dan melemahkan sistem imun. Dan sekiranya berat
badan terus bertambah, bermakna jangka hayat anda semakin pendek.
Semut-semut Petanda Gangguan Saraf