Bagi korang sup cendaiwan tu sedap tak? Ye la, setiap orang
mempunyai cita rasa yang berbeza. Rambut sama hitam ini kan pula hati
masing-masing. Bagi pendapat aku pulak, aku memang tak suka makan sup cendawan ataupun tak geti
makan sup cendawan. Tak kisah la korang nak kata jakun ke , orang kampung la
kau ni dan blah blahh. Bagi aku tetap TAK SEDAP
NOKTAH. =.=
Salah satu faktor tak suka mungkin aku bukan lahir daripada
latar belakang keluarga yang berada. Kalau pergi makan dekat luar mesti
kiteorang lebih memilih kedai makanan yang biasa je. So, sup cendawan memang
tak ada dalam list menu ok?. Aku pula seorang jenis yang kalau tak makan nasi
dalam sehari mesti rasa lain macam. Pernah masa dekat matrik dulu aku tak makan
nasi dalam sehari , tangan aku mesti akan mengigil. Nama pun orang Asia memang
tak kan terlepas la dari makan nasi. =.=
Ketika aku di form 2, persatuan badan uniform buat majlis
makan malam di Prime City Hotel. Antara menu yang dihidangkan adalah sup
cendawan. First time aku makan sup cendawan setelah 14 tahun aku hidup. OMG !
Bila aku tengok kawan-kawan aku makan macam sedap je, aku pon try. Dua sudu
yang pertama ok lagi, masuk sudu yang ketiga serius tekak aku memang dah tak
boleh telan sup cendawan tu. Terus set dekat otak tak sedap ye, tapi kenapa
diorang kata sedap? Aku pun hairan =.=
Sejak peristiwa tu bila ada orang yang offer sup cendawan cepat-cepat
aku kata tak nak. HAHAHA
“ Kalau sup cendawan kau tak suka, cendawan kau suka tak? “
Aku paling suka cendawan goreng ! Yummy . Kalau makan
panas-panas lagi sedap. Sebenarnya cendawan ni banyak khasiat yer. Kalau nak tahu
khasiat yer yang lebih lanjut sila klik di link ini http://cendawanglobal.blogspot.com/2009/05/cendawan-kaya-khasiat-dan-nilai.html. Kat situ korang boleh jumpa pelbagai jenis cendawan. Link yang ini pula untuk cendawan yang paling mahal di dunia. http://www.cydasite.my/2013/01/cendawan-paling-mahal-di-dunia.html
Mood: Selamat Membaca ! ^-^