Kali ni punya topik ditujukan khas untuk adik-adik yang dapat or bakal pilih matrik untuk melanjutkan pelajaran korang selepas spm. Tapi topik ini lebih fokus kepada jurusan perakaunan. Mesti korang tertanya-tanya dalam jurusan perakaunan
belajar ape? Susah ke senang? Jurusan perakaunan di matrikulasi korang akan
belajar 4 subjek wajib iaitu of course
la kene ada akaun , ekonomi , matematik dan last skali pengurusan perniagaan ataupun
bisness. Subjek sampingan korang akan
belajar pendidikan agama islam , moral , kemahiran dinamika (KD) dan juga
kokurikulum. Bagi adik-adik yang dapat jurusan sains korang boleh tukar ke
jurusan perakaunan. Tapi bagi yang memang mohon jurusan perakaunan korang x
boleh tukar ke jurusan sains ok.
Meh sini aku terangkan masa sem 1 dan sem 2 korang
akan belajar ape. Untuk subjek perakaunan hampir 70% akan belajar balik semasa di form 4 dan form
5. So, peluang untuk korang score di sem 1 amat-amatlah mudah dan cerah. Cuma
ada satu atau dua bab yang korang akan belajar x sama masa spm. Bagi adik-adik
yang x ada basic dalam akaun jangan risau ok. Korang pon boleh score paper ni
tapi dengan syarat kena banyak bertanya dan buat latihan ok. Banyak pengalaman
students yang tahun lepas x ada basic dalam akaun pon diorang boleh score. Mula-mula agak
pening sikit nak kene tahu konsep tapi x pe lama-lama korang akan ok. Sem 2
pulak akaun x sama masa di spm ok. Kalo mt pulak korang akan banyak belajar
pasal add mt semasa di spm dengan lebih mendalam. Bagi sesiapa yang agak lemah
dalam add mt , kalo boleh korang jangan tinggal satu pon kuliah mt. Sebab bila
dah tertinggal satu subtopik susah nak belajar balik. Dalam kuliah, pensyarah
akan terus sambung untuk subtopik seterusnya. X ada ulangan untuk subtopik semalam ok sebab dalam satu sem ada banyak
topik yang perlu dihabiskan dalam masa 4-5 bulan. Bayangkan la betapa laju ye
pensyarah mengajar dalam kuliah. Bagi yang masih tak faham xpe, korang boleh
tanya di kelas tutor sepuas-puasnya. Kat sini la masa korang untuk cover balik
subtopik apa yang x faham tapi dengan syarat kerja tutor kena buat la.
Bagi ekonomi pulak, sem satu korang akan belajar mengenai
mikroekonomi yang berada di dalam negara Malaysia sahaja. Bagi sesiapa yang x
ada basic dalam ekonomi korang jangan risau. Akak dulu pon x ada basic dalam
ekonomi. Alhamdulillah dapat A dalam ekonomi. Hurm, ada satu tips nak share dengan korang,
kalo boleh sebelum masuk kuliah, malam tu korang baca la sikit-sikit pasal
topik tu nanti korang x ada la terpinga-pinga dalam kuliah. Ape yang korang
perlukan ialah buku rujukan sebab nota yang diberi dalam kuliah adalah nota
ringkas selebihnya korang kene cari sendiri ok. Pakai buku stpm pon x pe sebab
apa yang budak stpm belajar , budak matrik pon belajar gak cuma ada beberapa
topik yang budak stpm belajar , budak matrik x belajar. Nampak x kat situ
korang dah diberi kelebihan x payah belajar semua berbanding dengan budak stpm.
Jadi x ada alasan kata x boleh score ok. Sem 2 pulak belajar pasal
makroekonomi. Subjek bisness pulak
korang lebih kepada membaca dan menghafal. Format bisness masa pspm sama mcm
format sejarah kertas 2. Ye, ada esei tapi
paper bisness ni paper yang korang boleh goreng asalkan logik dan bersesuai
dengan soalan nak ok. Sem satu bisness banyak kene membaca tapi sem 2 korang
lebih kepada mengira. Semua subjek akan belajar dalam bahasa melayu kecuali
matematik.
Bagi subjek KD, agama dengan koko tu bergantung kepada
praktikum. Kalo pihak kolej dah tetapkan
praktikum korang sem 1 kene belajar KD dgn agama , nanti sem 2 pulak korang
akan belajar koko. Begitulah sebaliknya. Tiga subjek ni tidak dikira dalam
pointer tapi janganlah jawab exam alah kadar je ye. Waktu koko paling best
sebab time ni la korang boleh lepaskan tension. Setiap subjek ada assignment
tapi bergantung kepada pensyarah tutor. Kalo dapat cikgu yang sporting bestlah
assignment x payah buat. Kalo dapat yang tegas dan cerewet tu nasiblah korang.
Hahaha. Assignment ni penting ye sebab dia akan menyumbang 10% markah dalam
exam final pspm. Dalam pspm 20% markah dah ada dalam tangan korang. 80% lagi
korang kene berusaha dalam exam final ye.
20% tu termasuk assignment, kuiz dan 10% markah ups. Dalam masa setahun,
korang akan exam sebanyak 4 kali ok. Kiranya satu sem ada 2 kali exam. Faham tak? Kalau tak faham sila-sila la buat-buat faham.. :)
contoh jadual sem 2
contoh jadual semasa sem 1
korang boleh balik awal
lepas tu tidur kat bilik.. hehehe
Jujurnya kehidupan di matriks sangat best dan tak sesusah yang korang sangka. Tak rugi punye. Stress?? Haha dalam setiap bulan ,mesti korang akan stress punye. Trust me. Hehe. Tak pe, nanti lama-lama korang akan biasa dengan stress. Melalui stress korang akan menjadi seorang yang lebih matang. Stress akan ada kalau korang suka tangguh kerja tutor dan assignment yang berlambak. So, belajar la menguruskan masa dengan bijak ye. Gunakan peluang yang korang ada sebaik mungkin. Rajin-rajin la berusaha agar kejayaan milik korang ok. Kadang-kadang bila di matriks baru korang akan sedar dan kesan minat korang kat mana. So, bila isi boring upu untuk degree korang dah boleh target course apa yang korang nak dengan syarat jaga pointer ok. Ni sahaja yang boleh share dengan korang. Kalau ada apa-apa sebarang persoalan sila la tinggalkan di ruang komen di bawah ye.
No comments :
Post a Comment