Assalamualaikum
semua. Memandangkan Cik O ada banyak sangat masa lapang so sikap rajin nak
update blog sentiasa membuak-buak dalam diri ni. Hyperbola je lebih !! ;)… Masa
hari selasa yang lepas ‘Cik O’ tadah air sebab minggu ni tangki air di kluang
akan dibersihkan. Memandangkan ‘Cik O’ penganggur terhormat dekat rumah, abah
suruh la Cik O tadah air dalam tong-tong dan besen. Masa nak tunggu air penuh
dekat tong, teringat dekat masa dulu belajar kat matrik Negeri Sembilan.
Teringat apa? Mesti la kes tiada air. Jangan risau masalah air kalau berlaku
kat matrik cuma mengambil masa beberapa hari sahaja. So, kali ini Cik O nak
berkongsi sedikit pengalaman pahit rasanya macam minum kopi.
Pada malam
sebelum tak ada air tu, ada dapat call dari kawan suruh tadah air sebab tangki
air di kuala pilah tergelam masa banjir. Cik O yang sendiri pon tak tahu bila
masa kuala pilah ni banjir. Ni la akibatnya orang yang malas nak pergi outing.
Orang lain pergi outing Cik O pergi buat peta kat bantal. Hahaha. Masa hujung
minggu la nak tebus balik tidur yang tak cukup. So, malam tu jugak kecoh satu
aras sibuk tadah air kat baldi sambil gosip-gosip. Masing-masing berebut sink
nak tadah air. Lepas tu angkat baldi letak kat luar bilik tutup dengan plastik
takut kucing minum or ehem-ehem, faham-faham sendiri la yer. Dekat asrama block
kmns banyak sangat kucing-kucing. Ada satu kucing ini jiran bilik depan namakan
dia Abang Long. Sebab apa nama kucing tu Abang Long? First, kucing tu kucing
jantan. Kedua, badan dia sangat besar kalah saiz badan kucing yang normal lebih
kurang macam garfield tapi kucing ni tak comel. Biasa-biasa je. Kiteorang
panggil kucing Abang Long sebab dia kucing yang paling tua dan besar kat situ,
kira Abang Long ketua kucing. Bila kucing-kucing lain datang je mesti gaduh
sampai terkencet kat toilet. Habes busuk satu toilet. Kena la tunggu makcik
cleaner bersihkan. Nama lain dia, Sparta macam Kim Jong Kok yang dalam cerita
Running man tu. Bila gaduh mesti nak menang. Hahaha.
siapa tak tengok sangat rugi ;)
Kim Jong Kook
Sebenarnya
notis tiada bekalan air dah lama tampal kat OSC. Nampak sangat Cik O malas nak
baca notis-notis semua tu. Selalu lalu je, sebab nak cepat punya pasal ulang
alik dari kuliah ke kelas tutor. Kadang-kadang rumous pasal tak ada air
bukannya betul sangat pon. Bila dah tadah air penat-penat esok ye elok je ada
air. Ada kes pagi tu, air kat baldi budak aras Cik O ada orang curi. Haha.
Nasib baik, Cik O punya air tak kena kebas. Kalau tak terpaksa la buat muka
tebal mintak orang lain punya sikit. Bila petang balik dari kelas nak mandi tak
ada air. Mula la call budak block lain tanya ada air tak. Cik O dan roomates
semua kutip botol-botol kat tempat recycle pergi amik air kat cafe. Nasib baik
dekat. Asal pergi toilet cafe je mesti kena peril dengan budak-budak cafe yang
kerja kat situ… Eeee, busuk tak mandi !. Ahh, lantak la diorang nak cakap apa
asalkan dapat air. Malam tu nasib baik hujan lebat, so tadah la air guna baldi
dengan botol. Bila hujan berhenti, semua sibuk tengok air dalam baldi. Punya la
lama tadah, sikit je dapat. Giler frust time tu sebab air nak mandi esok tak
ada. Terpaksa la esok pagi ye bangun awal pergi cafe mandi. Air kat cafe pon
makin lama macam nak tak nak je keluar. Berebut-rebut nak mandi kat cafe. Kalau
kes-kes emergency sakit perut ke memang susah. Tapi best, dapat kenal dan
tengok macam ragam budak-budak lain. Ada yang enset termasuk lubang jamban la,
sekali tiga orang masuk dalam toilet yang sama la dan macam-macam lagi.
Masuk hari
ketiga, masih lagi tak ada air. Nasib baik petang tu ada lori datang bawak air
untuk budak-budak kmns ni. Kalau tak badan kiteorang memang bau kambeng je la.
Sampai kat kuliah, pensyarah-pensyarah asyik peril je bau macam kambeng.
Hakikat ye tak ok. Pensyarah saja je buat lawak. Masa tu nampak air macam tak
pernah mandi guna air. Nikmat giler dapat mandi puas-puas nak-nak. Masa tu Cik O memang tak ada kelas pada waktu
petang, Cik O orang yang first rasmikan air kat tangki. Hehehe. Jangan jelous
ok? ;) Petang Cik O tolong roomates angkat air. Nasib baik duduk kat aras satu
babe dekat sangat dengan rumah fello. Kesian budak-budak aras 3 dan 4 nak
angkat air. Esok ye hari Jumaat masih lagi taka da air. Pagi tu memang Cik O dah
decide nak balik Kluang, last minit punya pasal nak beli tiket, tiket pon
habes. Memang duduk je la kat kmns. Sadis giler masa tu tak dapat balik. Petang
tu duduk kat surau. First time pergi mandi dan basuh baju kat surau. Hahaha.
Semua sibuk
nak basuh baju sejak-sejak tak ada air. Malam tu, sambil tunggu solat isyak Cik
O bergosip kejap. Opps, bukan gossip pasal benda lain tapi gossip pasal bila
air nak ada. Sebab kawasan perumahan yang lain semua dah ada air. Kawan Cik O
kata isyallah malam ni air mula masuk tangki. Memang lambat la tangki yang
besar tu nak penuh lagi-lagi duduk atas
bukit. Hari sabtu keesokkan hari ye, yeahhh finally air dah ada ! Nasib baik
tak balik. Kalau tak rugi je duit tiket Cik O. Hehehe. Bukan kedekut tapi nak
jimat sebab elaun selalu masuk lambat. Pergi balik je dah rm50 burn, tu baru
tiket belum lagi masuk tambang teksi lagi. Tu la pengalaman pertama Cik O bila
berada di kmns bila tak ada air. Walaupun penat, tapi percayalah pengalaman tu
tidak boleh dibeli dengan wang ringgit, tapi hanya kita sahaja yang kena
laluinya. Kesimpulannya hargailah air yang telah dianugerahkan kepada kita.
Gunakanlah dengan cermat dan sebaik yang mungkin. ;)