Wednesday, 18 December 2013

Ahli Baru


Assalamualaikum. Dah hampir empat bulan aku menetap di daerah Bangi ini. Balik Kluang kadang-kadang sebab nak lepaskan rindu punya pasal. Banyak sangat benda yang aku dah belajar sejak duduk sini. 

Aku sekarang ni join Bulan Sabit Merah weh. Macam tak percaya je. Kalau dulu dekat sekolah rendah join Puteri Islam you. Gegirl habes aku masa tu. Masuk sekolah menengah dah up sikit. Join Kadet Polis weh. Padahal tak join pon kawad. Hahaha.

Bila dah masuk universiti ini, aku nak cuba sesuatu yang baru. Saje je nak cabar diri sikit. Hehehe. Nak tambah ilmu pon ada juga. Kalau tak sebelum ni zero pasal ilmu-ilmu ni. 


                                         
                                                                     Model saya !


                                                                      Comel tak ?



Hari Tua


Alhamdulillah. Dua hari yang lepas genap umur aku 19 tahun. Syukur masih lagi diberi peluang untuk bernafas dimuka bumi Allah ini. 

Orang lain semua dah nak masuk 20 aku baru 19. Eh, tak apa. Sekurang-kurangnya aku muda lagi dari korang tahu tak? Ini yang untungnya lahir dalam bulan disember. Hihihi.  Ada kelebihan dan kekurangannya jugak lahir dalam bulan yang terakhir ini. Senang citer tak kesah la lahir bulan berapa sekali pon janji korang selamat tiba di muka bumi yang indah ini. Tapi kesian lagi dekat orang yang lahir pada tahun lompat kan?


Terima kasih untuk kek ni !


Dikesempatan ini nak ucapkan Selamat Hari Lahir kepada sesiapa yang bakal menyambut atau pun dah sambut birthday. Semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki. Amin !!






Zaman Muda


Assalamulaikum semua. Dah lama rasanya aku tak munculkan diri kan? Lega giler weh. Banyak benda dah settel. Tinggal final exam sahaja. Alang-alang ada waktu free tadi sempat la jugak online facebook kejap tadi. 

Update Status malam ini kecoh dengan budak batch 1998 nak amik result esok weh. Ye, result PMR keluar esok. Kecoh giler ! Cewah, padahal aku dulu pon macam tu gak. Sampai tak boleh tidur malam. Serius tak tipu. Degupan jantung memang laju tak terkata. Hati memang tak tenang langsung. Hehehe !

Ni yang rasa semangat giler nak cerita pasal pengalaman amik result masa zaman muda-muda dulu. Siapa je yang suka dapat result teruk kan? Kalau boleh semua orang nak dapat straight A. Apa yang korang boleh buat berdoala agar result tu elok. Korang pon dah buat sebaik yang mungkin kan? Terima dengan hati terbuka ok. 



Soalan teka-teki hari ni :

Guest what , result PMR aku dapat berapa dulu ? =)

Monday, 9 December 2013

Emas


Alhamdulillah ! 

Tak ku duga. 

Disebalik hujan yang Allah turunkan ada pelangi rupanya.

Rasa macam mimpi je.

Sesiapa boleh tolong cubit tangan aku tak ? =.=

Hanya Kerana Nama


Kali ini punya tajuk santai-santai je. Siapa dekat sini tak ada nama ? Mestilah semua orang ada nama yang tersendiri kan. Nama budak-budak zaman sekarang pon mak aihh aku tengok bukan main panjang lagi. =.=  Silap hari bulan nak menyebut nama tu lidah pon boleh terbelit-belit.

Alhamdulillah nama yang diberikan kepada diriku cukup ringkas dan mudah untuk diingati oleh sesiapa. Cewahh ! Terima kasih umi dan abah. Love both of you. 

Semenjak dua menjak ni nama panggilan aku berubah dari semasa ke semasa. Acano boleh berubah tu ? Atas faktor persekitaran kot. Kalau di rumah nama panggilan aku ada dua. Satu ‘hah’ lagi satu ‘jiha’. Nasib baik tak ada orang panggil aku ‘uda’. Tak suka giler dengan nama ‘uda’ tu. Asal anak ketiga dalam keluarga je mesti uda. Huh !!

Dari sekolah rendah, menengah hinggalah ke matriks nama panggilan masih lagi ‘jiha’. Kira dah sebati la nama tu dengan aku. Tapi.. masuk je alam university nama panggilan aku dah berubah. Huh cuba korang teka apa nama panggilan aku kat sini?  


Budak-budak kat sini diorang panggil aku ‘Jee’. Aku terdiam bila dengar nama tu. Agak pelik pada permulannya. Biasa ye kalau panggil ‘Jee’ mesti ada kaitan dengan nama Fauziah dan seangkatan dengan nya kan ? Kadang-kadang nak tergelak pon ada. Kreatif diorang reka nama panggilan aku. Thanks korang  !

Guest what nama penuh aku apa ?