Wednesday, 16 May 2012

Kehidupan lepas spm.

Sebagai seorang lepasan spm 2011 , aku bersyukur sangat dengan rezeki yang Allah bagi.
Alhamdullilah, bila result matriks keluar ramai kawan2 aku tanya dapat matriks mana.
Hari tu aku check lambat sikit sebab pagi tu aku g batu pahat jalan2 dengan family. Then , sepupu aku msg.
Dia dapat matriks kat perak. Tahniah fana ! Time tu aku da start cuak. Matriks mana la yang aku dapat ni. Lagi pon sebelum mohon hari tu cikgu aku ada kata mohon la matrik negeri sembilan sebab matriks negeri sembilan ni bagus. So, kat borang tu first aku letak kat negeri sembilan, kedua kat johor, ketiga aku pilih kat melaka.
Sebab 3 negeri ni je la yang paling dekat dengan kluang. Dalam tengah hari tu aku pon sampai la rumah. So, cepat2 on komputer. Sambil2 tu on9 fb sekali nak tengok budak2 sekolah aku diorang dapat matriks mana.
Bila da check je. Dia keluar macam ni.



Yeah, aku dapat KMNS. Aku mmg mohon akaun pon. Sebab dari aku kecik lagi aku mmg x suka sains.
Sebab otak aku ni lebih ke arah subjek2 yang ada kaitan dengan kira-kira. Matematik tu mmg subjek favourite aku kot. Then , x lama lepas tu result upu pon keluar. Dalam hati aku mintak2 la dapat kos yang aku nak tu.Alhamdulillah, Allah tunai kan permintaan aku. Aku dapat kos statistik kat uitm. Aku mmg suka sangat dengan kos statistik ni. Sebab kos ni mmg berkaitan sangat dengan matematik. 

Yahoo. Aku dapat uitm kat perak iaitu Uitm Seri Iskandar. Hehehehe. Ok, jujur bila da dapat tawaran ni hari aku da mula berbelah bagi. Aku x tau nak pilih sama ada matrik atau uitm. Kalau ikut kan hati aku mmg aku pilih uitm. Tapi bila da tanya makcik aku dia kata kos statistik x banyak sangat peluang kerja. Sebab makcik aku ni dia dulu pensyarah kat UTHM jadi dia mmg lagi arif dari aku dalam bidang maths ni. Start dari situ aku da mula tak sedap hati. Sebab antara math dengan akaun, aku lagi suka math. Akaun tu aku suka gitu-gitu je. Satu hari tu aku mintak petunjuk kat Allah. Then, malam tu entah kenapa time aku tido aku banyak mimpi pasal negeri sembilan. So , bila bangun pagi je aku cakap dengan diri aku, mungkin ni salah satu petunjuk supaya aku pilih matriks. Bila da bincang2 dengan umi dan abah, diorang pon setuju aku pilih matriks. Then , aku pon tolak la tawaran uitm tu. Dalam hati rasa sedih sangat nak tolak tawaran tu. Pastu semalam , kawan aku si izzati msg. Dia kata tahniah sebab dapat kpm kat melaka. Oh, ya kpm tu sebenarnya singkatan Kolej Profesional Mara. Aku saje je mohon sebab takut x dapat upu. X sangka lak boleh dapat. Hari tu aku mohon saje2 je. Aku dapat diploma akaun.


Tapi aku da fikir masak2 nak g matriks. So kepada budak2 lepasan spm yang kompem pergi matriks n9 jumpa korang 28mei ni ok.

No comments :