Assalamualaikum semua. Selasa yang lepas merupakan 1 rejab yang jatuh pada tanggal 22 mei 2012. Dan pada hari selasa tu gak lah aku ada test jpj untuk kereta. Pukul 7 je aku da terpacak kat depan kedai cawangan. Selang bape saat je datang lagi sorang budak pompuan. Aku panggil dia kak fatin je sebab beza umo dia dengan aku setahun je. Pastu pakcik yang selalu amik kiteorang pon sampai. Disebabkan dia bawa kete kancil je hari tu terpaksa la kak fatin je yang naik sorang. Aku? Hah, kene tunggu pakcik yang lain amik la ape lagi. Dalam 10 minit mcm tu datang lagi dua orang budak pompuan. Kiteorang sume sebaya. *Sweet eighteen gitu*. hahaha. Nak dekat 7.30 pagi akak kerani yang keje kat kedai cawangan pon sampai. Dia pon bukak la kedai tu. So , kiteorang tunggu la kat dalam kedai. Nak dekat satu jam lebih aku tunggu pakcik yang amik kiteorang. Pergh, sabar je la masa tu. Pastu datang sorang abang dengan kete kancil amik kiteorang. Mula-mula naik kete dia mana ada kuat dia bukak radio. Speaker radio betol2 belakang aku kot. Mana ada pekak telinga aku masa tu. Abang tu aku panggil dia abang brutal. Sebab kalo korang tengok muka dia brutal habes kot tapi kalo belajar kete dengan dia mmg lawak gler la. Dia jenis yang selamba.
Dalam perjalanan nak pergi test jpj, tengah sedap2 duduk dalam kereta. Boleh lak plastik kaler oren terbang dari bonet. Plastik tu betol2 lalu telinga kanan aku dengan telinga kiri kawan aku. Hahaha. Kiteorang gelak kot.Bonet kete abang tu giler bersepah. Nasib baik plastik tu tak terbang keluar dari tingkap kete kot. Buat malu je kot nanti. Hahaha. Dalam 30 minit, kiteorang pon sampai la kat tempat belajar memandu. Mula-mula sampai je. Maik aih ramai giler orang. Pastu aku pergi dekat list board tengok nama aku dapat turn ke berapa. Sekali tengok no 16 dari 44 orang kot. Awal giler. Time tu jantung da mula dup dap dup dap. Tak sangka lak dapat no 16. Sebab no 16 tu sama dengan tarikh birthday aku. Dalam hati cakap harap-harap no 16 ni bawak tuah. Pastu jumpa akak fatin. Duduk sebelah dia. Akak fatin no 25. Untung lah turn dia lambat lagi. Tak lama lepas tu ada sorang pakcik bagi taklimat sikit. Dia pon mula start blah blah blah....
Dalam pukul 10 je kiteorang sume da kene lapor diri kat depan jpj. Nasib baik budak yang no.15 tu pompuan. Boleh la buat jadi kawan kejap. Tak lama lepas tu start la test bahagian II. Nama je no 16 awal gak aku kene test. Sebab ramai yg nombor depan2 aku diorang g buat test motor dulu. Kebetulan yang jaga kat situ abang yang amik aku pagi tadi. Dia kata kiteorang bertuah sebab hari ni x da jpj pompuan. Jpj yang jaga kat situ bukan tengok sangat pon kiteorang buat parking dengan 3 penjuru. Berbual je lebih. Tapi tak apa aku suka. Hehehe. Aku dapat kete yang betol2 sebalah pondok jpj. Sape la yang pandai sangat g parking kete ni tadi betol2 sebelah divider kot. Jarak ye cuma sejengkal je. Naik je kete tu apa lagi betol kan la seats. Dari dalam kete aku da agak yang cermin sisi ni terlebih dari tiang. Nak x nak terpaksa la aku gerakkan ke kanan sikit time jpj da suruh naik. Perghh, tayar kete ni cantik2 kot masuk line kuning tu. Boleh dikatakan 100% tayar aku masuk kat line kuning tu. Ape lagi angkat tangan pastu sebut nama kat jpj tu. Pastu jpj tu pon kata ' ok teruskan'. Terus aku tekan clutch masuk gear satu. Tekan minyak sampai nombor 3, angkat clutch slow2 sampai rasa kete mcm nak gerak baru aku turunkan handbrake. Yeahh, kete tu gerak ke depan dgn jaya ye. Pastu terus buat parking dengan 3 penjuru. Lepas dah hantar kete kat bahagian bukit, aku terus pergi kat pondok jpj nak amik borang. Dah , sah-sah la aku lulus bahagian II. Gembira tak terkata masa tu.
Dekat 1 jam gak aku tunggu turn nak buat bahagian III. Perasaan nervous tu aku da tak terasa sangat berbanding yang mula-mula tadi. Pastu ada sorang cikgu panggil no.16 dgn no.6. Dia kata bersedia. So, aku dgn budak laki tu duduk kat kerusi sebelah-sebelah. Tak sangka lak budak laki tu rupanya si amirul yang satu sekolah dengan aku dulu. Sambil tunggu turn, kiteorang pon berbual. Dia dapat kete B, aku dapat kete C. Tak lama lepas tu kete B dgn C pon sampai. Kiteorang pon naik la kete masing-masing. Bukak pintu terus bagi salam kat abang jpj tu. Pastu serah borang kat dia.
Aku : 'Encik , saya mulakan ea'
Jpj : Hurm, mula la.
Aku : Terus buat lima perkara. Terkejut aku tengok tempat nak bukak tingkap kete ni. Macam da nak tertanggal pon ada kot. Terpaksa la aku bukak dengan secara berhati-hati. 'Maaf encik, saya nak betolkan cermin sisi kiri'.
Jpj: Hurm, cuba awak tengok cermin ni da ok belum? *Sambil dia ketuk pen kat borang aku*
Aku : Ha, da ok dah. * Dalam hati (agak2 la nak ketuk tu, borang aku tu kot).
Jpj : Ok, kita pergi jalan A ye. Mulakan.
Aku : Ok. Terus aku bawak kete kancil tu kat jalan raya.
Sepanjang test tu senyap je. Pastu, dia tegor aku.
Jpj : Eh, tekan la minyak tu sikit. Nak suruh kete ni turun balik ke belakang ke?
Aku : Ha , ok. (time tu ada satu bonggol kat atas bukit.)
Jpj : Eh, awak ni dari tadi asyik bawak 30 je. Laju la sikit. Bila nak masuk gear 4 ni?
Aku : Dalam hati. *Eh2 , dia ni tak nampak ke tadi board tu kata had laju 30 je* Tak boleh masuk gear 4 encik depan tu banyak bonggol. Jarak antara bonggol pon tak jauh sangat.
Jpj : Bape had maksimum laju kalo kat kawasan perumahan?
Aku : 40 kot.
Jpj : Sape kata 40? 45 lah. Awak ni boleh dikira langgar peraturan tahu tak sebab tak ikut had laju.
Aku : Hurm, baiklah. Dalam hati *Giler nak bawak 45 kawasan ni banyak bonggol kot.* Selama ni cikgu aku ajar pon suruh bawa 30 je.
Nasib, aku baik hari ni. Semua lampu isyarat kat jalan besar warna ijau kot. Suka giler.
Jpj : Nampak tak tadi board tu tulis bape had laju?
Aku : Nampak. Had laju 60.
Jpj : Hah, bawa 60 cepat. Kalo x saya potong markah awak kat nombor 14 ni. Awak takot ea nak bawak laju?
Aku : Hurm , yela.. Eh, tak da la.
Jpj : Ada bape jenis jalan kat Malaysia ni?
Aku : Hah? Dalam hati * Soalan ape lak la dia tanya ni.* Dah la aku tak tahu. Ada 2 kot.
Jpj : Hah? 2 je? Awak ni biar betol. Ape yang 2 tu?
Aku : Erk, jalan besar dengan jalan mati kot. Hahaha * Jawapan tu je yang mampu aku fikir masa tu*
Jpj : Salah tu. Awak ni kena dengar ceramah kpp lagi ni. Bamyak kena belajar lagi ni. Jawapan dia ada 5 sebenarnya. *Jalan ape entah dia cakap hari tu, aku tak bape nak ingat sangat*
Aku : Hurm , ye la.
Dah nak sampai masuk simpang balik ke tempat memandu.
Jpj : Ni, ada dapat tawaran pergi sambung belajar mana-mana tak?
Aku : Ada. Dapat uitm dengan matriks.
Jpj : Uitm tu dapat kos ape?
Aku : Statistik.
Jpj : Oh, susah kos tu. Memang minat matematik ea?
Aku : A'ah.
Jpj : Habes tu awak pilih mana satu?
Aku : Saya pilih matriks.
Jpj : Asal?
Aku : Jodoh saya kuat dengan matriks kot.
Jpj : Hahaha.
Akhirnya, sampai jugak aku drive balik kat tempat memandu ni. Pastu jpj tu pon bagi balik borang tu.
Aku baru nak turun dari kete dia panggil.
Jpj : Cuba tengok kat kertas tu nombor 14.
Aku : Hah? Sambil baca nombor 14 tu. ( Mematuhi had laju). Jpj tu tanda tick kat nombor tu. Pastu aku pon sengih-sengih kat dia.
Jpj : Ada sebab tu kenapa saya suruh bawa 60 tadi.
Aku : Terima kasih encik.
Jpj : Sama-sama. Lain kali bawa kereta tu kena berani dan confident ye dik.
Aku : Baik lah.
Turun dari kereta je terus tengok borang tu. Alhamdulillah aku lulus. Dapat markah 17/20. Ok la tu. Baru aku perasan yang kereta c tu rupanya kereta pakcik saibon yang last aku belajar sebelum habeskan yang 9 jam. Patut la macam pernah nampak. Hehehehe.
Thursday, 24 May 2012
Wednesday, 16 May 2012
Kehidupan lepas spm.
Sebagai seorang lepasan spm 2011 , aku bersyukur sangat dengan rezeki yang Allah bagi.
Alhamdullilah, bila result matriks keluar ramai kawan2 aku tanya dapat matriks mana.
Hari tu aku check lambat sikit sebab pagi tu aku g batu pahat jalan2 dengan family. Then , sepupu aku msg.
Dia dapat matriks kat perak. Tahniah fana ! Time tu aku da start cuak. Matriks mana la yang aku dapat ni. Lagi pon sebelum mohon hari tu cikgu aku ada kata mohon la matrik negeri sembilan sebab matriks negeri sembilan ni bagus. So, kat borang tu first aku letak kat negeri sembilan, kedua kat johor, ketiga aku pilih kat melaka.
Sebab 3 negeri ni je la yang paling dekat dengan kluang. Dalam tengah hari tu aku pon sampai la rumah. So, cepat2 on komputer. Sambil2 tu on9 fb sekali nak tengok budak2 sekolah aku diorang dapat matriks mana.
Bila da check je. Dia keluar macam ni.
Yeah, aku dapat KMNS. Aku mmg mohon akaun pon. Sebab dari aku kecik lagi aku mmg x suka sains.
Sebab otak aku ni lebih ke arah subjek2 yang ada kaitan dengan kira-kira. Matematik tu mmg subjek favourite aku kot. Then , x lama lepas tu result upu pon keluar. Dalam hati aku mintak2 la dapat kos yang aku nak tu.Alhamdulillah, Allah tunai kan permintaan aku. Aku dapat kos statistik kat uitm. Aku mmg suka sangat dengan kos statistik ni. Sebab kos ni mmg berkaitan sangat dengan matematik.
Yahoo. Aku dapat uitm kat perak iaitu Uitm Seri Iskandar. Hehehehe. Ok, jujur bila da dapat tawaran ni hari aku da mula berbelah bagi. Aku x tau nak pilih sama ada matrik atau uitm. Kalau ikut kan hati aku mmg aku pilih uitm. Tapi bila da tanya makcik aku dia kata kos statistik x banyak sangat peluang kerja. Sebab makcik aku ni dia dulu pensyarah kat UTHM jadi dia mmg lagi arif dari aku dalam bidang maths ni. Start dari situ aku da mula tak sedap hati. Sebab antara math dengan akaun, aku lagi suka math. Akaun tu aku suka gitu-gitu je. Satu hari tu aku mintak petunjuk kat Allah. Then, malam tu entah kenapa time aku tido aku banyak mimpi pasal negeri sembilan. So , bila bangun pagi je aku cakap dengan diri aku, mungkin ni salah satu petunjuk supaya aku pilih matriks. Bila da bincang2 dengan umi dan abah, diorang pon setuju aku pilih matriks. Then , aku pon tolak la tawaran uitm tu. Dalam hati rasa sedih sangat nak tolak tawaran tu. Pastu semalam , kawan aku si izzati msg. Dia kata tahniah sebab dapat kpm kat melaka. Oh, ya kpm tu sebenarnya singkatan Kolej Profesional Mara. Aku saje je mohon sebab takut x dapat upu. X sangka lak boleh dapat. Hari tu aku mohon saje2 je. Aku dapat diploma akaun.
Tapi aku da fikir masak2 nak g matriks. So kepada budak2 lepasan spm yang kompem pergi matriks n9 jumpa korang 28mei ni ok.
Subscribe to:
Posts
(
Atom
)